
Pelakon Emma Maembong berkongsi khabar gembira dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, memuat naik video dia memberikan kejutan terhadap suami dan ahli keluarga di atas kehadiran insan baharu dalam hidup mereka.
Emma memberi kejutan kepada dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.
“Syukur Alhamdulillah,” tulis Emma di ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.
Suami Emma, Muhammad Shazli Azhar dilihat tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.
“Betul ke? Sumpah?” respon Shazli seakan tidak percaya.
Dalam rakaman itu juga Emma menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.
Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Dah Kena Baru Tahu Betapa Serious…,” – Mawar Rashid Sedekah Keperluan Pesakit COVID-19 Di 2 Hospital, Bayar Nazar

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid bersama suaminya, Raff Yaakob menunaikan nazar dengan menyumbangkan bantuan berupa peralatan perubatan kepada dua hospital selepas dia dan keluarga kini sembuh daripada Covid-19.
Menurut Mawar, sumbangan tersebut telah diagihkan kepada Hospital Ampang dan Hospital Selayang, Selangor.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsikan beberapa keping gambar serta video menjelaskan pengalaman dijangkiti wabak sangat menakutkan.
“Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas Family Mawar & Mommy Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah Swt, Mawar berniat tuk sedekah keperluan2 di hospital untuk pesakit2 Covid di hospital.
“Bila dah kena baru tahu betapa serious and scary sgt. Selama ni duk baca kat socmed je.
“My brother @eddydatorashid called Hospital Selayang & Hospital Ampang untuk tanya apa yang diperlukan and within my donation budget.
“So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider & 5 oximeter untuk Hospital Ampang,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama sudi memberikan bantuan.
“Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital, hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.
“Alhamdulillah, thank you kepada kawan2 Mawar, @eyra.hazali @zoeyrahman @shahasan22 and @nurinafiqaaah @aleeyazailan@anjoulielavocah1 sebab sama2 create awareness dalam Live Mawar.
“Together we have collected another RM74k++. Thank you jugak kepada semua followers yang dah donate di Live kitorg haritu. Tak lupa jugak yang donate dari IGS Mawar.
”We appreciate it so much. Murah rezeki korang semua. Rakyat Malaysia sangat pemurah,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi Harian Metro, pelakon drama TQ Captian itu sedang berusaha untuk mendapatkan alat penghangat untuk bayi.
“Saya dah hubungi pihak hospital untuk memesan dua troli pengangkat tapi, stok itu tidak ada di Malaysia dan perlu menunggu selama lapan hingga 10 minggu.
“Untuk stok sedia ada pula, harganya adalah RM52,000. Jadi, kami sedang berbincang untuk mencari pembekal dengan harga lebih kurang RM35,000.
“Pihak hospital mencadangkan agar saya belikan satu unit troli pengangkat dan satu unit penghangat untuk kegunaan bayi-bayi, anak kepada pesakit Covid-19,” katanya yang berharap agar sumbangan tersebut dapat memberikan kemudahan pihak hospital.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Impian Mendirikan Masjid Di Jepun Tercapai. Teuku Wisnu Menangis Saat Laung Azan Di Lokasi Pembinaan

Mendirikan sebuah masjid di sebuah negara asing yang rata-rata penduduknya bukan beragama Islam bukanlah mudah. Namun impian ini berjaya direalisasikan pelakon dan personaliti popular Indonesia, Teuku Wisnu.
Dalam satu hantaran di ruangan Instagramnya, Teuku Wisnu memuat naik sebuah video menampilkan dia sedang melaungkan azan di tapak pembinaan masjid tersebut yang terletak di Yokohama.
Lebih mengharukan, dia dilihat tidak dapat menahan emosi kerana impian untuk mendirikan sebuah masjid direalisasikan.
“Bismillah, mimpi yang harus dibeli. Dengan perjuangan ikhtiar langit dan bumi. Langit dengan berdoa bersama, meminta dan memohon pertolongan Allah SWT agar dipermudahkan prosesnya.
“Dan bumi dengan banyak cara, boleh dengan sekali klik untuk kongsikan video ini dan membentu menderma untuk mewujudkan pembangunan masjid. Berapa pun nilainya, InsyaAllah sesuai janjiNya, Allah balas berlipat kali ganda,” ujarnya.
Dalam video tersebut, dapat dilihat masjid yang bakal dibina itu akan dikenali sebagai Masjid As-Sholihin Yokohama yang turut berfungsi sebagai lokasi pendidikan Islamik dan Pusat Mualaf.
Dalam hantaran itu lagi suami kepada Shireen Sungkar ini menyatakan bahawa masjid itu dijangka siap pada akhir tahun 2024.
“InsyaAllah, akan jadi amal jariah kita yang terus mengalir sampai kita meninggal dunia kerana pernah memberi sumbangan dalam pembangunan masjid ini dengan cara klik link di bio saya. InsyaAllah, akhir tahun 2024 akan selesai. Amin,” tambahnya lagi
Imbas kembali, Teuku Wisnu merupakan pelakon sinetron popular Indonesia dan memiliki lebih 5 juta pengikut. Walaupun tidak lagi berlakon, namun dia tetap menerima jemputan sebagai tetamu dan hos di kaca televsiyen.
Kini jejaka berusia 38 tahun ini lebih selesa menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang dijalankan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Ada Bazar, Tidak Membuang Makanan,” – Bersederhana, Atikah Suhaime Teruja Dapat Kenal Erti Ramadan Sebenar

Seperti sedia maklum, sambutan ramadan tahun ini sedikit berbeza apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuk fasa keempat dan dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.
Malah, setakat ini perniagaan secara langsung di kawasan awam seperti bazaar Ramadan turut turut tidak dibenarkan.
Lalu pelakon, Atikah Suhaime ada meluahkan rasa berkenaan dengan sambutan puasa tahun ini meski sedikit berbeza daripada kebiasaannya.
“Salam ramadhan. Saya teruja untuk tahun ini, kita dapat mengenal erti Ramadhan yang sebenar. Sederhana.
“Tidak ada bazar, tidak membuang makanan. Ramadhan bukanlah makanan yang akan anda buka puasa tetapi lebih seperti refleksi, dan memberikan yang terbaik dari diri anda,” kongsinya.
Dalam pada itu, bintang Volkswagen Kuning ini memberi nasihat kepada peminat untuk rebut peluang melakukan ibadah sebanyak mungkin di bulan Ramadan yang suci.
“Lakukan Ibadah sebanyak mungkin. Makan dengan sihat, untuk kali ini. Bagi mereka yang hanya alim semasa ramadhan, saya harap anda akan terus menjadi alim walaupun selepas ramadhan.
“Dan untuk orang bukan Islam, jom sertai kami dalam bulan puasa ini dan turunkan berat badan. Semoga anda semua dalam keadaan baik,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on
Di samping itu, peminat turut mendoakan agar pelakon berusia 29 tahun asal Singapura itu dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.
Foto: Instagram Atikah Suhaime
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI