Tular di media sosial mengenai ada beberapa individu yang menjatuhkan talak terhadap isteri pertama untuk berkahwin lain.
Malah, ada sesetengah isteri yang sarat hamil lalu menikahi wanita lain.
Lantas, perkara tersebut mendapat perhatian ramai termasuk penceramah bebas, Ebit Lew.
Kongsi Ebit, dia turut bersedih akan kisah yang menimpa golongan ini melibatkan anak-anak yang masih kecil dan ahli keluarga lain secara langsung.
“Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain.
“Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa program keluarga sunnah. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita.
“Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya,” tulisnya.
Malah, Ebit turut memanjatkan doa agar setiap perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keredaan Allah.
“Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
Ads
“Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka.
“Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah.
“Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.
“Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua,” kongsinya mengenang nasib anak-anak yang tergolong dalam keluarga sedemikian.
Menjelaskan lebih terperinci mengenai tugas seorang isteri, Ebit menyifatkan wanita sedemikian tinggi martabatnya dan perlu diangkat.
Ads
Pada masa sama, mereka juga perlu dijaga sebaik mungkin ketua keluarga.
“Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain.
“Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian.kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah.
“Lihat isteri.kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita.
“Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.
Ads
“Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
“Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Ar rijal lelaki pemimpin sebuah rumahtangga,” akhiri Ebit.
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat baru-baru ini mengenang kisah lamanya, berkongsi cerita apabila dia mendakwa pernah mengambil pil hormon bagi untuk membesarkan bahagian dada.
Menerusi sebuah video perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sajat bercerita pengalaman sebagaimana yang didakwa, termasuk dipukul ibunya sejurus ‘kantoi’ dia mengambil pil berkenaan.
Sajat yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda itu berkata demikian ketika melakukan sesi siaran langsung, lalu dikongsikan kembali pengguna Tik Tok lainnya.
“Mak I kemas-kemas, terjatuh pil hormon I. Mak I tengok… ‘ni ubat apa ni Jat?’ Mak saya kan pembantu makmal, of course dia lebih pandai (tahu) kan?
“Ni ubat apa ni? Mana ada Mak, ni Panadol. Kau jangan nak membohong aku, kau ingat aku tak tahu ni pil apa. Ini yang kau makan kan? Tet*k kau besar kan?,” katanya.
Atas insiden yang berlaku, Sajat mendakwa dia telah dipukul ibunya dan pil berkenaan lantas di buang ke dalam ton sampah.
“Tak boleh nak cakap apa. Apa lagi? Mak aku ‘zap zap zap’ ‘hanger’ (penyangkut baju) dua tangan. Kau ni dah melampau. Kecil-kecil tak nak kena pijak.
“Habis mak (Sajat) kena pukul. Habis… dah macam cerita (filem) Embun dah. Ingat lagi kena ‘zap zap’. Dengan rotan, dengan hanger.
“Hanger dulu tak macam hanger sekarang. Dulu tebal. Dipukulnya belakang habis berbirat. Lepas tu, mak Sajat pergi buang pil tu dekat tong sampah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas sukses dengan naskhah pertamanya, filem seram, Quite Place Part II dijangka bakal menemui penonton Mac depan apabila trailer rasminya sudah pun dilancarkan pada 1 Januari lalu.
Mendapat reaksi positif dari pencinta filem seluruh dunia, rata-ratanya tidak sabar untuk menyaksikan apakah kejutan serta debaran yang akan disajikan menerusi filem sequelnya.
Quiet Place Part II masih menampilkan beberapa karakter asal dari filem pertamanya seperti Evelyn Abbott lakonan Emely Blunt, Marcus Abbott (Noah Jupe) dan Regan Abbott (Millicent Simmonds) selain beberapa watak baru lainnya.
Sebelum ini, A Quiet Place berjaya melakar sukses tersendiri apabila meraih kutipan box-office mencecah US$340 juta.
Filem arahan John Krasinski ini mengisahkan ketabahan serta kekuatan sebuah keluarga yang telah terisolasi gara-gara terpaksa hidup dalam kesunyian.
Ia berikutan wujudnya makhluk ganas yang amat sensitif terhadap bunyi-bunyian, sekali gus memburu mangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...