Tular di media sosial mengenai ada beberapa individu yang menjatuhkan talak terhadap isteri pertama untuk berkahwin lain.
Malah, ada sesetengah isteri yang sarat hamil lalu menikahi wanita lain.
Lantas, perkara tersebut mendapat perhatian ramai termasuk penceramah bebas, Ebit Lew.
Kongsi Ebit, dia turut bersedih akan kisah yang menimpa golongan ini melibatkan anak-anak yang masih kecil dan ahli keluarga lain secara langsung.
“Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain.
“Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa program keluarga sunnah. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita.
“Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya,” tulisnya.
Malah, Ebit turut memanjatkan doa agar setiap perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keredaan Allah.
“Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
“Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Saya menangis kasihan mereka.
“Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis. Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah.
“Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu.
“Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua,” kongsinya mengenang nasib anak-anak yang tergolong dalam keluarga sedemikian.
Menjelaskan lebih terperinci mengenai tugas seorang isteri, Ebit menyifatkan wanita sedemikian tinggi martabatnya dan perlu diangkat.
Pada masa sama, mereka juga perlu dijaga sebaik mungkin ketua keluarga.
“Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain.
“Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian.kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah.
“Lihat isteri.kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita.
“Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.
“Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
“Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Ar rijal lelaki pemimpin sebuah rumahtangga,” akhiri Ebit.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan perkara yang dikongsikan.
Foto : Instagram Ebit Lew