Selepas mendirikan rumah pada Febuari lalu, pelakon Wanna Ali mendedahkan dia kini masih lagi di dalam fasa membiasakan diri dalam menjalani kehidupan sebagai isteri.
Menurut Wanna atau nama sebenarnya, Norsyazwana Mohd Ali, rutin hidupnya kini lebih tertumpu kepada keluarga selain memberi keutamaan terhadap suaminya, Khairul Amri Tan Sri Khalid.
“Kini, kesedaran saya sebagai seorang isteri semakin tinggi. Saya sentiasa mengutamakan suami.
“Perkara seperti ini agak mengambil masa untuk saya biasakan diri. Sebelum ini, ikut suka hati saya sahaja nak keluar ke mana pun.
“Ketika tinggal bersama ibu, waktu pulang saya adalah pukul 12 malam. Selepas berkahwin, saya perlu berada di rumah sebelum Magrib. Ada suami yang menunggu saya di rumah,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQiYI 2025, baru-baru ini.
Kerap Di Dapur
Wanna turut memaklum, dia kini semakin kerap memasak lebih-lebih lagi menu kesukaan suaminya ialah cekodok pisang.
“Sekarang, saya merasakan diri saya seperti seorang chef yang hebat. Ketika hari raya, saya ada masak rendang, ayam masak merah dan cekodok pisang. Cekodok pisang adalah menu kegemarannya.
“Saya sudah pro buat cekodok pisang. Selama seminggu ini, itu sahaja yang dia minta saya buat.
Ads
“Saya rasa memasak ini merupakan satu cara untuk mengeratkan rumah tangga.
“Suami saya pula seorang yang suka makan. Bila saya masak sesuatu dan dia puji, kita rasa puas hati,” kongsinya lagi.
Bulan Madu Ke Venice
Bercakap mengenai bulan madu yang masih tertangguh, Wanna memaklumkan dia dan suami akan bercuti di Venice, Itali, bulan hadapan.
Ads
“Kami merancang untuk pergi berbulan madu di Itali selama dua minggu pada Mei ini.
“Suami saya pernah ke Itali sebelum ini dan dia pulang awal kerana dia mahu menikmati negara tersebut bersama isterinya satu hari nanti.
“Dalam hantaran juga, saya ada letak mock ticket kapal terbang ke Vanice, Italy. Memang itu destinasi pilihan kami, akhirinya.
Imbas kembali, Wanna dan Khairul telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 Febuari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Wanna Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis yang menjadi mangsa ‘body shaming’ gara-gara melakukan video mengenakan make up menerusi aplikasi ‘siaran langsung’ di salah sebuah platform media sosial.
Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang di hari ramai pihak termasuklah pelakon, Que Haidar.
Menurut Que Haidar, dia menyifatkan kelakuan tersebut sebagai menjijikkan lebih-lebih lagi buat mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang normal.
“Baca komen-komen mereka buat saya mual. Perkara macam nilah yang buat saya rasa jijik. Kata-kata manusia yang sibuk menghitung kelainan orang lain. Menjadikan ianya normal tanpa sedar mereka menunjukkan mcm mana didikkan parents mereka.
“Mereka rasa ianya biasa, menjadikan fizikal sesama kita sebagai hiburan, SICK!! Apa-apa yang berbentuk body shaming, racist memang tak patut kita normalkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon filem, Lagenda Budak Setan ini turut beranggapan budaya seperti ini banyak didorong oleh pengaruh rancangan-rancangan hiburan di kaca televisyen masa kini.
“Antara penyumbang untuk mereka rasa perkara ini ok bila mereka tonton perkara ini dikaca TV/rancangan hiburan. Jadi tanggungjawab kita besar dengan pengaruh yang kita ada.
“Hidangkanlah pengaruh yang baik-baik kita sesama kita hanya perlu jadi lebih baik. Kita tak perlu untuk ke Universiti untuk belajar lebih beradab,” katanya lagi.
Sementara itu, Que Haidar turut memberikan kata-kata semangat buat gadis tersebut.
“Untuk adik ni, abang doakan semoga awak terus berjaya dalam apa-apa pun yang awak buat. Insyallah ramai yang sokong awak,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut menyeru orang ramai supaya memberhentikan budaya tidak sihat ini.
Sumber: Instagram Qur Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh sejak pagi tadi apabila satu rakaman video pendek didakwa mirip pelakon Ben Amir mulai tular menerusi Twitter.
Menerusi rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat itu, ia secara jelas kelihatan seorang lelaki mengenakan baju-T rona kelabu beraksi di hadapan lensa lalu menganggalkan baju yang dipakai.
Pengguna Twitter yang berkongsi rakaman video berkenaan seakan-akan mengkaitkan lelaki yang tidak berbaju dalam video tersebut Ben Amir, apabila menulis kapsyen;
“Qash Adam say hi #SweetDreams.”
Lantas perkongsian invididu tersebut menjadi perhatian netizen sekaligus meraih hampir 50,000 tontonan setakat ini.
Dalam pada itu, rakaman video tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Sebelum ini, beberapa artis lelaki tempatan turut terjerat dengan penyebaran video tidak senonoh yang didakwa mirip wajah mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raja Ilya terkilan dengan sikap segelintir pihak yang seolah-olah sanggup menjaja dan melondehkan aib sendiri di media sosial (medsos) demi meraih perhatian.