Seorang pemilik restoran, Fizul Nawi yang juha merupakan suami kepada pelakon, Nadya Syahera mengaku bersalah pada Selasa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, Februari lalu.
Memetik Utusan Online, Fizul atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizul Md. Nawi didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.
Seksyen berkenaan memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.
Ads
Sementara itu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain, dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.
Hakim Saifulakmal Mod. Said kemudian membenarkan permohonan tersebut seterusnya menetapkan 26 September depan untuk keputusan jatuh hukum.
Mahkamah pada masa sama turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.
Ads
Menerusi Instagram, Fizul turut berkongsi foto tangannya yang bergari.
Syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd melakar sejarah apabila memeterai perjanjian dengan tiga platform OTT terbesar di China dengan menayangkan filem pertama, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.
Tiga platform OTT terbesar menjadi pilihan iaitu Bestv, Youku dan Yongoo.
Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, berkata kejayaan menembusi pasaran China dapat mempromosikan filem dan budaya Malaysia ke peringkat global.
Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta bakal ditayangkan di Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei Darussalam, tidak lama lagi.
“Kami tidak menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia sahaja, sebaliknya menyasarkan beberapa negara luar termasuk Asia Tenggara.
“Dalam keadaan industri pawagam yang baru mahu pulih selepas lebih dua tahun terkesan dengan pandemik, sasaran tidak hanya bertumpu dalam negara.
“Jadi, platform OTT di China adalah pilihan terbaik kerana mempunyai liputan lebih meluas berbanding pawagam,” katanya yang turut melancarkan Gadis Jolobu The Movie menerusi platform penyiaran digital tele-virtual OTT di Malaysia, Get Play.
Tambah Saraleana, China mengehadkan rakyat ke pawagam, malah, hanya 40 filem antarabangsa dibenarkan ditayangkan dalam tempoh setahun dalam musim pandemik.
“Jadi, langkah terbaik dengan memilih platform OTT kerana ia juga menjadi trend seluruh dunia. Selain itu, setiap daerah di China mempunyai saluran televisyen (TV) sendiri.
“Jadi, keputusan menayangkan filem Gadis Jolobu The Movie di platform OTT adalah langkah terbaik, buat masa ini,” katanya lagi.
Filem Gadis Jolobu The Movie yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menampilkan bintang senior, Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan memperkenalkan bakat baharu, Ahirine Ahirudin selaku teraju utama.
Menerusi perbincangan rangkaian OTT, Saraleana berkata, pihaknya mendapat maklum balas cukup positif apabila pembekal OTT mengagumi keindahan kawasan perkampungan yang ditonjolkan dalam filem Gadis Jolobu The Movie.
Saraleana berkata, ada pembekal OTT berpandangan Malaysia sebuah negara moden, membangun dan hanya dikelilingi bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur.
“Di China mempunyai banyak kampung, namun, pembekal OTT cukup kagum dengan keindahan kampung, budaya dan tradisi di Malaysia selepas menonton pelan pemasaran filem.
“Tarikan filem Gadis Jolobu The Movie lebih kepada sinematografi. Disebabkan itu, kami tidak memaparkan jalan cerita berat, malah, penggunaan dialek Negeri Sembilan dan adat juga terlalu banyak ditonjolkan kerana enggan penonton luar keliru.
“Bagaimanapun, saya mengakui proses memasukkan sari kata agak mencabar kerana penggunaan dialek Negeri Sembilan dalam filem,” katanya.
Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie kini boleh ditonton menerusi platform Get Play bermula hari ini. Tawaran istimewa diberikan kepada pengguna platform Get Play antara 26 Ogos hingga 8 September depan.
Mengulas mengenai platform Get Play berkonsep baharu, Saraleana berkata, penonton hanya membayar setiap kandungan seperti membeli tiket di pawagam.
“Setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan sebagai inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Tasha Manshahar ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan kini penyampai radio, Raqib Majid yang mengimbau kenangan saat menyertai program Akademi Fantasia 2011.
Menurut Tasha, sebagai isteri dia tetap berasa kagum meski pun mengetahui suaminya itu tidak pandai menari.
Penyanyi, Aina Abdul tetap gembira dengan pencapaiannya di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) meskipun tidak dinobatkan selaku juara.
Menurut Aina, kejayaan meraih tempat ketiga, anugerah Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa sememang pencapaian yang patut dibanggakan.
“AJL adalah satu pentas untuk meraikan pengkarya muzik. Malah, saya rasa ini adalah AJL yang paling akan saya ingati sampai bila-bila.
“Pada tahun ini, kita dapat penyertaan lagu-lagu daripada pelbagai genre. Ia sesuatu yang perlu kita raikan untuk industri muzik Malaysia.
“Untuk mengatakan saya sedih sebab dapat tempat ketiga, itu maksudnya saya tidak bersyukur dan bertentangan dengan tujuan saya menulis lagu,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Aina turut tumpang gembira dengan dengan kejayaan lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari yang dinobatkan selaku juara AJL38.
“Saya suka dengan setiap lagu yang bertanding di AJL38. Semua lagu ini punyai kehebatan masing-masing. Lagu-lagu ini tidak sepatutnya dipertandingkan. Air lagu-lagu ini juga berbeza.
“Sesiapa sahaja yang dinobatkan selaku juara, kita sepatutnya kena gembira.
“Secara peribadi, saya memang sukakan lagu Hasrat. Walaupun saya menyanyi lagu balada dan bernada tinggi, jiwa saya sebenarnya amat sukakan lagu seperti ciptaan Amir.
“Saya juga datang dari latar belakang sebegitu. Saya mula menulis lagu pun dengan gitar,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aina turut merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh pasukannya yang menjayakan persembanahan pada malam tadi.
“Kejayaan ini bukan untuk saya seorang sahaja. Di sebalik Aina Abdul ini, ada hampir 80 orang malam ini untuk persiapan saya. Selain untuk peminat, kemenangan ini juga untuk team Jangan Mati Rasa itu.
“Terima kasih juga kepada pihak TV3 yang banyak beri saya ruang dan peluang untuk berkarya.
“Malah, team AJL juga tak jemu-jemu bagi saya semangat untuk buat apa yang saya suka buat setiap tahun.
“Kalau kita ada semangat jitu dan karya yang ingin dipertaruhkan tapi tak dapat sokongan daripada pihak-pihak ini pun, susah juga nak berkarya,” akhirinya.
Terdahulu, kemenangan bagi ketiga-tiga kategori itu membolehkan Aina membawa pulang wang tunai terkumpul sebanyak RM54,000.
Persembahan Aina yang bertemakan ‘tree of life’ di AJL38 nyata memukau banyak pihak lebih-lebih lagi dengan gimik menyanyi sambil tergantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!