Suami Pulang Ke Pangkuan Keluarga, Datin Rebecca Syukur Famili Dah Bebas Covid-19 – “Moga Penyakit Ini Di Angkat Ke Langit Atas Secepatnya.”

Share

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman telah bebas Covid-19 dan kini sudah pulang ke rumah.

Rebecca menerusi Instagram memaklumkan, suaminya  itu kian beransur pulih dan perlu lebih banyak berehat dan bertenang.

“Salam Idul Adha Everyone. Pertama sekali mummy ingin Ucapkan Syukur Kpd Allah SWT Dgn Limpah Rahmat dan Kasih SayangNYA. SuamiKu SyurgaKu Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga.

“#alhamdulillah syukur teramat sgt, #DoaKuDiDengariAllah, #DoaSangIsteri. Terima kasih Buat Semua Keluarga, Teman teman, Kenalan Dan

Juga Semua Followers mummy Yg tidak Putus2 Sama sama BERDOA utk Suami Mummy serta Kami sekeluarga,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut merakamkan upacan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka seisi keluarga selain para petugas barisan hadapan yang komited di dalam menjalankan tugas.

“Terima Kasih,Hanya Allah SWT sahaja Yg dapat Membalas Segala DOA Dari anda buat Kami Sekeluarga. Dan terima kasih Buat anda Yg tidak Putus putus menghantar segala macam makanan, Ubat, Bunga dan Hadiah Di Depan Rumah Kami. Saya TerHaru.

“Terima Kasih Utk Semua Kasih Sayang dan Ambil Berat Utk Mummy suami serta Anak anak semua. Alhamdulillah, This Is My Darling en suami Yg dah BerAnsur Sihat.

“Cuma Cepat Penat,Tak Boleh Byk cakap And tak Boleh dan tak DiIzinkan Buat apa2 dulu. Doc cakap harus berehat tenang.

“Tidak Lupa juga. Thank you utk semua frontliners

And All DOCTOR Yg terlibat dalam Memastikan Suami dan MummyBecca Sekeluarga SIHAT,” kongsinya lagi.

Becca turut mengucapkan Selamat Hari Raya Korban dan mendoakan agar wabak berbahaya ini diangkat olehNya.

“Selamat Hari Raya Idul Adha semua. Byk Yg telah Di Korbankan Utk Tahun Ini. Semoga SemuaNya Di Balas Dgn Yg Baik baik buat kita semua. Semoga Penyakit Ini Di Angkat Ke Langit Atas Dgn SecepatNya,” tulisnya.

Sebelum ini, Rebecca memberitahu dia bersama tujuh anggota sekeluarga serta tiga pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan dan suaminya dilaporkan kritikal iaitu berada di tahap empat.

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Published by
MH