Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan setiap wanita pasti punyai impian untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat.
Bagaimanapun, Shahida tetap berpandangan para wanita harus bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.
“Mana-mana perempuan pun tak akan okay dengan hidup bermadu. Sudah tentu bila kita berkahwin, kita tak pernah terfikir akan dimadukan. Kita selalu berharap agar pasangan setia dengan kita.
“Namun, kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Bila berkahwin, jangan letak harapan kita akan seratus peratus bahagia. Kita kena bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.
“Suami saya ni nampak je okay tapi masa depan kita tak tahu,” katanya kepada MH.
Tambah Ibu kepada lima orang cahaya mata itu lagi, dia juga sudah terbiasa dengan situasi suaminya cuba didekati oleh individu-individu lain.
“Dalam handphone saya, saya boleh buka
Instagram dia. Saya tahu siapa yang mesej dia tidak kira lelaki atau perempuan.
“Mula-mula dulu memang agak pelik sikit bila tengok mesej-mesej macam tu tapi bila dah lama, saya dah terbiasa.
“Lagipun, suami saya ini ke mana sahaja dia pergi, dia akan bagitahu saya. Dia juga bukan jenis yang keluar malam. Nampak je dia macam ni, tapi dia tak pernah keluar rumah saja-saja,”
Shahida berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa sama, Shahida turut berkongsi kisah sewaktu dia dan suami terpaksa berhadapan dengan konflik rumah tangga tidak lama dahulu.
“Bila kami berjauhan dan tak duduk bersama selama enam bulan, ada satu saat itu dia sendiri tersedar yang dia tak boleh hidup tanpa saya dan anak-anak.
“Jadi, dia balik rumah dan kami pun bermaafan. Kami sedar yang kami masing-masing ada kekurangan. Kami pun sama-sama berubah.
“Adik beradik saya semuanya lelaki. Saya seorang je perempuan. Sifat kasar itu memang dah ada tapi lama-lama kita mula berubah. Yang mana kurang, kita perbaiki,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shahida dan Aliff telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Malah, Shahida kini juga sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata keenam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini