Suami Terpaksa Belanja Isteri Tudung Naelofar Gara-Gara Cabar Di Twitter, Ini Respon Neelofa

Share

Tular di laman Twitter yang berkongsi perbualan sepasang suami isteri yang dilihat cukup menghiburkan.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Muna melayangkan satu status, menyatakan keinginan terhadap rekaan raya terkini keluaran Naelofar.

Bagaimanapun tweet tersebut dicabar oleh sang suami dan mengatakan andai Neelofa menyukai status itu, dia akan menghadiahi dua helai tudung jenama tersebut.

Lalu, perbualan mereka di platform sana akhirnya mendapat perhatian Neelofa yang kemudiannya memberikan reaksi dan retweet kembali di laman Twitter miliknya.

“If I like this tweet, you dapat 2 helai. But since I’ve replied, does that mean you can get the whole Raya collection?” balasnya.

Tweet itu telah diulangsiar hampir 2900 kali dan disukai lebih 10,000 pengguna.

Foto : Twitter Neelofa

Published by
Noraini Abd Wahab