Penyanyi, Liza Hanim mengakui dirinya rasa agak berat hati untuk berjauhan dengan suami yang juga merupakan anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin buat sementara waktu.
Ini kerana menurut Liza, Shahrin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Klang, Selangor bagi memudahkan urusan sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) memandangkan kawasan tersebut kini berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Dia dah ready. Perjuangan @shahrinsamsudin Indigo di Gegar Vaganza kali ni berbeza dengan perjuangan saya.
“Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB.
“Kerana komitmen @gegarvaganzaofficial, abang kena keluar kawasan,” tulisnya.
Meski tempoh penguatkuasaan berjalan selama dua minggu, namun ia dirasakan lama buat mereka yang sering bersama.
“Dua minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang ke hulu ke hilir bersama.
“Semoga abang sentiasa di dalam lindunganNya yang. #hatimenangissiapayangtahu #akusayanglakiaku #teriaksakan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Liza yang juga merupakan naib juara Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kejayaan Shahrin bersama kumpulan Indigo sepanjang bertanding di GV7.
Terdahulu, program realiti GV7 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa bakal mula bersiaran pada Ahad ini jam 9.00 malam eksklusif di saluran Astro Ria 104/123 dan juga Astro On The Go.
Sumber: Instagram Liza Hanim