Beberapa bulan lalu, pelakon Amyra Rosli mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil dengan imej berhijab, menutup aurat.

Lalu bintang ini memberikan pencerahan memandangkan mungkin ada yang keliru dengan watak sebagai wanita bertudung yang pernah dibawa.

“Mungkin ramai yang keliru dengan penampilan saya yang sekaran ini (berhijab) kerana ia seiring dengan lakonan drama saya kerana saya memegang watak bertudung.

“Apabila saya bertudung, orang akan fikir saya hanya promosikan dama tersebut dan ada juga yang cakap ketka itu saya baru pulang dari Mekah.

“Jadi saya tak nak cakap banyak-banyak, cukup sekadar mereka tahu perkembangan saya di media sosial.

“Apa yg boleh saya katakan adalah sekarang ini saya masih belajar dan banyak lagi benda yang saya perlu dalami,” kongsinya menerusi video di Zayan.My

Ads

Menurut pelakon drama Cemburunya Seorang Perempuan itu, ada kalanya dia bertanyakan pendapat suaminya, Amar Baharin mengenai penampilan terbarunya itu.

“Saya selalu bertanya pada dia, nak berjalan dengan isteri yang free hair atau bertudung, tapi Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang sangat supportive.

“Masa saya free hair dulu, saya bukanlah seorang yang seksi. Kalau baju saya ternampak apa yang tak patut terdedah sana, sini , dia akan tegur cara pemakaian baju itu supaya tutup sikit.

Ads

“Dari situ saya tahu dia seorang suami yang menjaga isteri dia. Jadi saya mahu menjaga suami saya di akhirat kelak untuk sama-sama samapi di sana,” kongsinya jujur.

Mahukan sesuatu perubahan kearah kebaikan, Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian dalam Anugerah Skrin ke–22 itu yakin pada rezeki dari Allah.

“Saya juga mahukan perubahan dalam hidup. Jika saya masih melakukan perkara yang sama, mungkin sampai ketualah perkara itu.

Ads

“Mungkin rezeki saya bukan dalam industri hiburan lagi, mungkin rezeki dalam rumah tangga semakin bahagia.

“Jadi kita kena percaya apa yang Allah dah aturkan dalam hidup kita

Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang hamil anak perempuan yang dijangka lahir pada bulan Februari 2020.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Video/Foto : Youtube Zayan, Instagram Amyra Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI