“Difahamkan pelakon terbabit ingin tinggal berasingan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Ketika itu, mangsa diugut suaminya yang ingin membunuhnya jika keluar dari rumah sebelum dicederakan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan mengenai hantaran dimuat naik Zahnita di media sosial yang sekali gus mengejutkan ramai apabila dia berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam.
Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, menjelaskan, seboleh-bolehnya enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
Terdahulu, pelakon itu difahamkan pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini