Aduh, terkejut pula MH baca laporan terkini tentang suami kepada penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang telah ditahan reman atas tuduhan mencederakan anaknya dengan menggunakan rotan pada 24 Februari lalu yang dilaporkan oleh Berita Harian Online,

Armin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan pindaan berhubung kes tahanan remannya yang terdahulu.

Walaubagaimanapun Armin masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan.

Ads

Mengikut pertuduhan tersebut, Armin dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap salah seorang anaknya berusia 9 tahun dengan menggunakan rotan yang berlaku di rumahnya di Denai Alam di antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Armin telah di dakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, suami Ziana Zain ini boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Ads

Suami Ziana Zain Hadapi Tuduhan Lebih Berat?

Melalui laporan Berita Harian itu lagi, kelmarin, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anaknya dan memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 10 thun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana seksaan.

Ads

Bagaimabnapun ikat jamin sebanyak RM 5,000 dengan seorang penjamin masih dikekalkan dan menetapkan 6 ASpril ini sebagai tarikh serahan dokumen.

SUMBER: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI