Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bersyukur dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak di rumah.

Malah, Ebit turut membantu isterinya memasak dan bergurau-senda bersama anak-anak.

“Nikmat hikmah disebalik covid 19. Biasa busy. Terima kaseh ya Allah. Adalah masa memasak dirumah untuk bidadari dan anak-anak. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak.

“Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya.

“Kasihan bidadari saya selama ini masak dekat rumah. Ya Allah. Ini semua anak cuti panjang. Bidadari saya penat. Syukur dapat membantu dirumah.

“Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim. 

IKLAN

“Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap.

“Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit turut menyarankan agar saling membantu sesama keluarga di rumah.

“Ayuhlah kita bantu bidadari atau anak-anak bantulah ibu cuti sekolah ini. Anak lelaki baik anak perempuan. Kita sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta.

IKLAN

“Disaat ujian ini kita jemput rahmat dan keampunan Allah.

“Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan makanan buat mereka paling besar pahala.

“Dia dapat kebaikan besar dari semua amal ahli keluarga,” akhirnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Nikmat hikmah disebalik covid 19. Biasa busy. Terima kaseh ya Allah. Adalah masa dirumah masak untuk bidadari dan anak-anak.Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya . Kasihan bidadari saya selama ini masak dekat rumah. Ya Allah. Ini semua anak cuti panjang. Bidadari saya penat. Syukur dapat membantu dirumah . Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim. . Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia . Ayuhlah kita bantu bidadari atau anak-anak bantulah ibu cuti sekolah ini. Anak lelaki baik anak perempuan. Kita sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Disaat ujian ini kita jemput rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan makanan buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan besar dari semua amal ahli keluarga- ebitlew #keluargasunnahTour2020September

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia menggesa pekerja dan majikan mengguna pakai Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 susulan penularan koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Pergerakan yang berkuatkuasa bermula 18 Mac (hari ini) hingga 31 Mac ini adalah satu kaedah bagi mengawal pergerakan.

Bagaimanapun, antara sektor yang masih menyumbangkan tenaga adalah seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Video : Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI