Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri terkilan apabila bakat seni suaranya tidak dihargai peminat hiburan tanah air. Dia meluahkan kesedihan apabila tidak tercalon dalam Anugerah Juara Lagu sedangkan punya suara yang cukup merdu. Malah, klip video lagu nyanyiannya turut mencapai jumlah tontonan sehingga jutaan peminat.
“Apa kurang lagu saya?? berbanding mereka yg tercalon??
“Abang sedih sangat kerana bakat abang ini tidak dihargai oleh Anugerah Juara Lagu😢😢 sedangkan suara abang amat sedap dan merdu…malah suara abang tidak perlu dipertikaikan lagi kalau tidak takkanlah abang telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu .. dan jumlah tontonan juga berjuta-juta?? adakah mereka yg mendengar lagu abg sebalum ini halinunan atau pun org ghaib kenapa x layak tercalon?? apa salah abg,” luahnya.
Perkongsiannya turut mendapat reaksi selebriti popular seperti Aeril Zafrel dan Baby Shima yang dilihat turut meninggalkan komen.
Ads
Ads
Sekadar imbasan, Anugerah Juara Lagu ke-34 menyaksikan lagu Sumpah nyanyian dan ciptaan Naim Daniel diumumkan sebagai juara. Manakala naib juara AJL34 menjadi milik lagu Bangun ciptaan Navigator dan Aman Ra diikuti dengan Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Balkisyh Semundur Khan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk kembali mewarnai industri seni tanah air meski pernah terpalit dengan isu kontroversi sebelum ini.
Menurut Balkish,35, dia yang tidak dapat menahan sebak menjelaskan, pengalaman hidup yang mengerikan sebelum ini telah membuatkan dirinya hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan.
“Sebelum perlaksanaan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP, saya ada pengalaman hidup yang mengerikan. Sepanjang tempoh itu, saya melakukan beberapa kesilapan di dalam dunia industri yang membuatkan orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon.
“Saya sendiri tak tahu mengapa dan mungkin ada berlakunya perselisihan faham. Saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tak pernah anggap diri saya sempurna.
“Pada saya perkara tersebut mungkin kecil tapi pada orang lain ia besar. Ia sekali gus memberi impak terhadap kerjaya saya. Pada masa saya juga belum bersedia untuk kembali semula ke dalam dunia industri sepanjang tempoh tersebut.
“Ada satu ketika saya sendiri reda sekiranya saya tidak akan kembali di dalam dunia seni,” katanya kepada MH.
Balkish berkata sedemikan di sidang media drama Lockdown secara virtual pada Selasa.
Dalam pada itu, Balkish turut memberithau, kehidupannya juga telah banyak berubah sejurus menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan.
“Saya teruskan kehidupan dengan berniaga. Saya join orang-orang berniaga tepi jalan. Saya juga pernah meniaga air balang di Singapura. Saya happy dengan life saya.
“Dah jadi takdir Allah nak ubah rezeki saya dan kebetulan pula sewaktu PKP kita tak boleh berniaga dan tiada pendapatan yang masuk. Dengan kuasa Allah, Dia ubah segalanya. Berkakhirnya PKP 1.0, saya terima pelbagai tawaran drama.
“Drama Lockdown ini merupakan drama pertama saya selepas lama berehat. Saya sendiri tak sangka. Perancangan Allah itu seperti mengatakan dia mahu saya berlakon semula,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Balkish turut menyifatkan fasa ‘lockdown’ banyak mengajarnya untuk kembali insafi diri.
“Hikmah PKP ini seperti Allah nak beri saya tempoh bertenang. Pandemik ini mengajar saya supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan mengenai orang sekeliling.
“Tempoh pandemik ini banyak menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan. Disebabkan itu saya melakonkan drama Lockdown ini dengan sepenuh hati,” akhirinya.
Lockdown merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Selain Balkish, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar sedih menyelubunyi keluarga penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw apabila adik kandungnya, Shanty Yuliet Goeslaw atau lebih dekenali sebagai Uli Goeslaw meninggal dunia.
Berita kematian tersebut dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
“Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw), berbahagialah di sana,” tulisnya.
Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat Melly dan suaminya, Anto Hoed memberi penghormatan terakhir kepada adiknya di rumah duka tempat jenazah adiknya akan dikuburkan.
Dalam suasana penuh sedih, Melly menghampiri peti yang menempatkan jenazah dan mengusap tangan mendiang adiknya itu.
Dia turut menitipkan kata pesan dan memanjatkan doa untuk adiknya sekaligus menyatakan hasrat agar mereka bertemu lagi.
“Nona manis nona ambon tak perlu lagi susah-susah memikirkan masalah di dunia ini sayang. InsyaAllah nanti kita bertemu lagi,” luahnya.
Biarpun berbeza agama, hubungan keluarga Melly tetap utuh. Imbas kembali, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam lebih sedekad lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!