Bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para selebriti tempatan turut memainkan peranan dalam menyampaikan mesej pesanan.

Terbaru, artis versatil, Alif Satar ada memuat naik mesej ucapan di laman di Instagram miliknya.

Apa yang menariknya, ucapan yang dibuat Alif itu turut disertakan dengan bahasa isyarat.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang, ramai doktor-doktor dan frontliner sibuk membuat saringan dan memberi rawatan.

IKLAN

“Jadi, kita semua mesti sama-sama bantu menghentikan COVID-19,” tulisnya.

Tambah Alif lagi, petugas barisan hadapan telah pun menjalankan tugas mereka dengan baik dan kini tiba giliran kita pula untuk patuh dengan setiap arahan yang telah diberikan pihak berwajib.

IKLAN

“Tanggungjawab kita semua hanya stay home, duduk rumah.

“Hashtag duduk dalam rumah diam-diam. Kita mesti menang,” kongsinya lagi.

IKLAN

Setakat ini video tersebut telah meraih hampir 100,000 jumlah tontonan dan turut dihujani ratusan komen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh bapa kepada tiga orang anak itu.

“Suara Sedap, Family Man, Apa Lagi Yang Kurang…,”- Sampikan Mesej ‘Duduk Rumah’ Dengan Bahasa Isyarat, Usaha Alif Satar Terima Pujian “Suara Sedap, Family Man, Apa Lagi Yang Kurang…,”- Sampikan Mesej ‘Duduk Rumah’ Dengan Bahasa Isyarat, Usaha Alif Satar Terima Pujian

Sumber: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI