Pemahaman Faezah Elai mengenai kemasyuran dilihat cukup jauh daripada dirinya.
Tegas Faezah menerusi Instagram, dia belajar bahawa menjadi ‘palsu’ akan membawa kepada populariti berganda.
Lalu, ia menyedarkan dirinya mengapa selama ini dia kurang dikenali kerana menjadi ‘fake’ adalah sesuatu yang tidak dipelajari.
Maklum isteri kepada pengarah, Heykal Hanafiah ini lagi, dia dilahirkan tidak sempurna dan sentiasa membuat kesalahan.
“And then one day. I learnt that being fake makes u popular and famous. This is the reason I’m not famous,bcoz I didn’t learn how to be fake.
“I was born to make mistakes,not to fake perfection. So look into my eyes and tell me if i care,” tulisnya.
Perkongsian ini turut mendapat reaksi pelakon Faye Kusairi yang menyifatkan ibu kepada dua orang anak itu punya hati yang baik.
“I look into your eyes and i feel myself ugly and old and fat and my self esteem go down the drain, end of my sad story.
“but u r indefinitely have one of the purest heart i know, ” kata pelakon wanita berkenaan pula.
Apa kata korang? Setuju dengan apa yang dikongsi Faezah Elai ni?
Foto : Instagram Faezah Elai