Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi selepas isterinya, Sari Yanti selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada Sabtu.
Malah, Jep turut menitipkan ucapan penghargaan buat isterinya diatas kelahiran cahaya mata lelaki itu.
“Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
“Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita, tulisnya.
Entri tersebut turut disertakan dengan foto ‘close up’ bayinya itu serta tanda pagar #anakabah #babyboy dan #662020.
Dalam pada itu, posting tersebut nyata meluahkan rasa teruja dikalangan peminat selepas meraih lebih 66,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen tidak sampam sejam ia dimuat naik.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Jep dan Sari Yanti mendirikan rumahtangga pada tanggal 25 Februari 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Dariya Inara.
Terdahulu, kehadiran cahaya mata baru ini merupakan anak keempat Sari Yanti.
Sebelum ini, Sari Yanti dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: Instagram Jep Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI