“Subhanallah Sejuk Mata Memandang,” – Izara Aishah Padam Foto ‘Free Hair’, Gambar Selfie Pakai Tudung Curi Perhatian Semua!

Share

Sekeping foto yang dikongsikan pelakon cantik, Izara Aishah menjadi perhatian netizen di Instagram.

Menerusi beberapa keping gambar yang dirakam secara ‘selfie’ itu, Izara dilihat tampil mengenakan tudung labuh dan jubah berlengan panjang dalam rona pastel.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini menutup ruangan komen di hantaran terkininya itu.

Lebih mencuri perhatian, pemilik nama lengkap Nik Izara Aishah Nik Izazurin juga telah memadamkan foto-foto lama yang tidak bertudung.

Sementara itu di dalam ruangan komen pada Instgaram Media Hiburan yang turut berkongsikan foto sama, peminat mulai memuji seterusnya mendoakan yang baik-baik buat pelakon Pilot Cafe itu.

Antaranya;

“Alhamdulillah makin ramai artis yang dah berhijab kebelakangan ini.”

“MasyaAllah semoga terus istiqamah amin ya Allah.”

“Subhanallah, cantiknya sejuk mata memandang.”

“May Allah SWT shower his blessings upon you, Amin ya rabb.”

“Alhamdulillah. Nampak lebih ayu bila bertudung.”

“Alhamdullah semoga terus istiqamah.”

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Irisa Alaia.

Foto: Instagram Izara Aishah

Published by
MH