Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa lega selepas memaklumkan pihaknya telah berjaya mendapatkan semula akaun Youtube yang sebelum ini dikatakan hilang akibat digodam individu tidak bertanggungjawab.
Jelas Nabila, dia amat berterima kepada semua pihak yang telah pun memberikan sokongan kerana tanpa doa mereka, perkara tersebut mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
View this post on Instagram
“Account YouTube Nabila Razali Entertainment dah dapat balik. Alhamdulillah, syukur. Berkat doa korang semua,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Peluang Kedua itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nabila turut menyeru kepada semua pihak untuk terus mengikuti akaun Youtube miliknya sehingga dia berjaya mendapatkan butang ‘bluetick’.
Jelas Nabila, hanya dengan cara itu akaun akaun Youtube miliknya akan menjadi lebih selamat dan tidak mudah digodam.
“Now korang semua kena subscribe banyak-banyak sampai Bella dapat bluetick. So hackers jahat tu dah tak boleh nak hack lagi lepas ni okay,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut menasihati Nabila untuk lebih berhati-hati lagi selepas ini.
“Alhamdulillah syukur.
“Alhamdulillah happy for you.
“Wah, Alhamdulilah. Harap benda macam tu tak terjadi lagi dah. Tak puas dengar lagu ni.
“Syukur Alhamdulilah. Teruskan berkarya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 ini meluahkan rasa sedih selepas memaklumkan akaun Youtube, Nabila Razali Entertainment telah hilang akibat digodam.
Malah, muzik video lagu Peluang Kedua hasil kolaborasinya bersama rapper, MK yang telah pun memiliki puluhan juta tontonan turut telah hilang daripada platform berkenaan.
Sumber: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI