Pelakon, Eyka Farhana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini. Perkata itu dikongsikan bintang Juvana 3: Perhitungan Terakhir ini menerusi Instagram.
Mengenakan persalinan gaun potongan bahu rona biru, Eyka atau nama sebenarnya, Atiqa farhana Sarmizi ada memuat naik foto bersama jambangan bunga selain gambar yang dirakam berdua.
Dipercayai, foto yang diambil dari arah belakang itu dirakam bersama bintang bola sepak, Akhyar Rashid.
Meski tidak memberi sebarang penjelasan mengenai hubungan di antara keduanya secara terbuka, namun foto sama yang dikongsi Eyka turut dimuat naik di IG Stories pemain bola sepak pasukan JDT itu.
Malah, panorama serupa yang melatari majlis hari jadi Eyka turut sama dimuat naik atlet berkenaan.
Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan buat Eyka selain memberikan dedikasi hari jadi.