Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan video bersama pakar kecemasan, Dr Samsu Ambia Ismail yang kini dikuarantin bersama isteri bersama lima anaknya berumur lapan hingga 18 tahun selepas didapati positif Covid-19.

Dr Samsu meluahkan kesyukuran, meski disahkan positif, namun sekurang-kurangnya mereka dapat melaluinya bersama-sama tanpa perlu berpisah dalam tempoh yang lama.

“Sewaktu di sini, saya yang akan memantau keadaan isteri dan anak-anak dan akan melaporkan terus kepada jururawat. Anak-anak juga sudah pandai mengambil tekanan darah, jadi jika saya tidak larat, anak-anak yang akan ambil alih.

“Saya ada masalah paru-paru. Sesiapa yang ada masalah paru-paru, tindak balas virus akan lebih cepat. Tapi apalah sakit saya jika dibandingkan dengan orang lain. Kita terdedah dan sesiapa pun boleh sakit lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di sektor kesihatan.

“Sebenarnya saya tidak sanggup membuat ujian kali kedua, saya takut jika positif. Saya takut jika anak tidak semuanya positif dan mereka tidak dapat ikut bersama. Saya risau andai orang di kampung takut untuk menjaga mereka.

“Takdir tuhan, semua positif jadi alhamdulillah rahmat bagi saya. Saya dapat duduk bersama dan dapat jaga mereka.

Ads

“Sudah 49 tahun saya sihat, apalah makna tujuh hari ditimpa ujian. Kadang kala ia rahmat bagi kita hargai kesihatan.

“Saya kasihan melihat kawan-kawan yang bertugas kerana tidak dapat bersama. Tapi saya tidak salahkan sesiapa dan janganlah kita salahkan mana-mana kumpulan. Semua orang adalah mangsa. Mereka pun tidak tahu mereka sudah dijangkiti,” katanya menerusi video perbualan tersebut.

Menurut Mazriemi Mohd Zaki, suaminya yang bertugas di Hospital Teluk Intan mengadu tidak sihat selepas menghadiri mesyuarat bersama doktor pakar di hospital. Pada mulanya mereka tidak mengesyaki ia berkaitan wabak kerana Hospital Teluk Intan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Ads

Selepas beberapa mengalami demam dan sesak nafas, dia menasihati suami untuk menjalani saringan pemeriksaan Covid-19, namun keputusan menunjukkan negatif.

Bagaimanapun keadaan suami terus lemah dan masih demam, dan disebabkan itu, dia memujuk suami untuk menjalani saringan sekali lagi dan hasilnya, positif. Satu keluarga dibawa untuk menjalani saringan dan kesemuanya didapati positif Covid-19.

“BESAR DUGAAN PADA KELUARGA INI! 7 POSITIF

Ads

Tugas Doktor yg terdedah pd penyakit Covid19 dan sedikit pun dia tidak menyalahkan pesakit yg dirawatnya! Another Hero!! #teampaknil,” kongsi Pak Nil.

Seperti kata Ebit Lew “bila ujian datang, maknanya rahmat Allah nak datang”.

Foto : Instagram Pak Nil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI