Pelakon Betty Rahmad meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ardy Wira telah selesai menjalankan majlis tahnik baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan ulama, Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid yang menyuap manisan ke dalam mulut bayi berusia tujuh bulan itu.
“Alhamdulillah rezeki @ardywira_ dapat ditahnik dengan ulama Habib Ali Zainal Abidin Al- Hamid harini walaupun dah ada 8 gigi syukur masih ada rezeki kamu.
“Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mommy & daddy,” tulis Betty.
Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan agar Ardy membesar menjadi seorang anak yang soleh.
Untuk rekod, Betty, 36 dan suaminya, Ardy Damis,32 bernikah pada 4 Februari tahun lalu.
Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ardy Wira pada 19 Januari lalu seberat 3.26kg.
Video : Instagram Betty Rahmad