
Masih hangat diperkatakan di laman media sosial mengenai isu rumah tangga melibatkan pelakon Ammar Alfian dan isterinya yang merupakan model, Nelissa Nezam.
Baru-baru ini, Nelissa telah memuat naik beberapa keping gambar perbualan dia bersama suaminya di aplikasi ‘Whatsapp’ menerusi Instastory miliknya.
Mengejutkan, apabila gambar tersebut telah memaparkan bukti pelakon filem Paskal itu bertindak curang terhadap isterinya.
Bagaimanapun, Nelissa telah memadam entri tersebut daripada akaun Instagram. Namun, ia menjadi viral selepas dikongsikan kembali pengguna media sosial lainnya.
Dalam pada itu, perkongsian Nelissa terhadap suaminya itu telah menjadi tanda tanya peminat mengenai isu rumah tangga pasangan ini.
Terdahulu, Ammar dan Nellisa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
View this post on InstagramA post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on
View this post on Instagram? ? . . . #paskalthemovie #paskalthemoviepremiere
A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on
Foto : Instagram Nelissa Nezam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peniaga ‘Colek’ Pula Kena Kompaun RM50 Ribu

Ketika isu melibatkan seorang peniaga yang dikompaun RM50,000 kerana dipercayai sedang berniaga burger lebih masa di hadapan rumahnya beberapa hari lalu masih belum reda, seorang peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor,42, turut dikompaun.
Membabitkan jumlah yang sama, kes tersebut berlaku di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, Kelantan.
Difahamkan, Azizi berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya mengakui terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis, 11.20 malam kelmarin, memetik laporan Harian Metro.
Katanya, tanpa bertanyakan maklumat lanjut terhadap dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi lebih masa.
“Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu kami bayar. Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.
“Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai pada 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup.
“Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.
“Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya seperti yang dipetik.
Mohd Azizi berkata, dia mempunyai lima anak yang masih bersekolah, selain perlu menanggung tiga anak saudara, sudah tentu tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.
“Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara.
“Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000.
“Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa.
“Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam,” katanya.
Katanya, disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah semalam untuk membuat rayuan dan sehingga kini mereka masih buntu dengan apa yang berlaku.
“Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami.
“Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, malam kelmarin.
Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.
Katanya, peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Sumber, Foto: Harian Metro, Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon Maaf Atas Segala Kekalutan,”-Sudah 6 Bulan Bercerai, Luqman Hafidz Mahu Fokus Besarkan Anak

Selepas berteka-teki mengenai status rumah tangganya, pelakon, Luqman Hafidz akhirnya memaklumkan dirinya kini sudah pun bercerai dengan isterinya Nurul Atiqah Mad Apandi sejak enam bulan yang lalu.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Hafidz menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas Hafidz atau nama lengkapnya Muhd. Luqman Hafidz Fauzi, dia dan isteri telah berpisah secara baik dan mereka kini mahu memberi fokus untuk membesarkan anak perempuan mereka, Eve Laura.
“Assalamualaikum dan salam yang baik-baik buat semua. Seperti semua sedia maklum, pihak media ada bertanyakan mengenai keadaan dan status rumah tangga saya.
“Saya hargai semua yang bertanya khabar memberi kata-kata semangat dan sebagainya. Saya mohon maaf jika saya tak dapat nak balas semuanya.
“Di sini, sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu. Kami berpisah cara baik di mahkamah. Sekarang fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami,” tulisnya.
Tambah pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu lagi, dengan penjelasannya itu, dia berharap agar orang luar tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung kisah rumah tangganya.
“Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari dari perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.
“Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua. Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini mahu bekerja dengan lebih keras demi memberi keselesaan buat anaknya.
“Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya.
“Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian. Terima kasih,” akhirinya.
Untuk rekod, Luqman mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah pada tanggal 20 Mac 2020.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini baru berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Luqman Hafidz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pregnant Ke Sis?,”- Nampak ‘Babybump’, Peminat Syak Fasha Sandha Hamil

Pelakon Nur Fasha Sandha Hassan atau sinonim dengan panggilan Fasha Sandha ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut bintang filem Anak Halal itu telah berkongsi foto terkini dirinya dan kelihatan aktres tersebut memiliki ‘baby bump’.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Lalu, gambar yang dikongsi oleh ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat membuat andaian terhadap isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini seperti sedang hamil.
Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Sebelum ini, bintang kelahiran Pulau Pinang ini pernah berkongsi berita kehamilan hasil perkongsian dia bersama Aidil bagaimanapun Fasha mengalami keguguran ketika kandungan berusia 3 bulan.
Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI