Sebagai tanda menghargai dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri, penyanyi Datuk Nora Ariffin turut membawa pembantu rumahnya bersama-sama bercuti di Pulau Langkawi.

Menurut Nora, pembantu rumah terbabit sudah lebih 20 tahun berkhidmat dengan keluarga penyanyi yang sinonim lagu Di Persimpangan Dilema itu dan Hanya Satu itu. 

“23 Tahun Bersama…Sebak Melihat Betapa Gembira Dia,” – Makan Angin Di Langkawi, Nora Ariffin  Bawa Sama Pembantu Rumah Yang Dianggap Macam Famili “23 Tahun Bersama…Sebak Melihat Betapa Gembira Dia,” – Makan Angin Di Langkawi, Nora Ariffin  Bawa Sama Pembantu Rumah Yang Dianggap Macam Famili

“Ini adalah pembantu rumah saya. Tapi kami sebenarnya sudah anggap macam family. Kawan-rapat rapat pasti mengenali dia.

“Alhamdulillah dah 23 tahun bersama saya. Saya share dgn niat supaya kita semua menghargai kebaikan orang pada kita.

“Mungkin dia tidak berpelajaran macam kita tapi mungkin dia jauh lebih mulia dari kita,” tulisnya.

Ads

“23 Tahun Bersama…Sebak Melihat Betapa Gembira Dia,” – Makan Angin Di Langkawi, Nora Ariffin  Bawa Sama Pembantu Rumah Yang Dianggap Macam Famili “23 Tahun Bersama…Sebak Melihat Betapa Gembira Dia,” – Makan Angin Di Langkawi, Nora Ariffin  Bawa Sama Pembantu Rumah Yang Dianggap Macam FamiliJelasnya lagi, wanita terbabit juga banyak berjasa dalam membantu serta menjaga seluruh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa sebak setelah melihat senyuman kegembiraan terukir di wajah pembantu rumahnya itu.

“Sebak saya melihat betapa gembira dia bila dapat sama-sama bercuti dengan saya.Tak pernah datang Langkawi, naik cruise jauh sekali.

Ads

“Sebagai majikan, inilah cara saya menghargai jasa dia menjaga saya, suami & anak-anak selama ni. Setiap kali saya kurang sihat, dialah orang yang akan risau, kadang-kadang menangis, risau pada saya.

“Alhamdulillah ini adalah insan yang Allah hantar untuk saya. Rezeki yang sangat bernilai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.

Ads

“23 Tahun Bersama…Sebak Melihat Betapa Gembira Dia,” – Makan Angin Di Langkawi, Nora Ariffin  Bawa Sama Pembantu Rumah Yang Dianggap Macam Famili “23 Tahun Bersama…Sebak Melihat Betapa Gembira Dia,” – Makan Angin Di Langkawi, Nora Ariffin  Bawa Sama Pembantu Rumah Yang Dianggap Macam Famili

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya turut memuji cara bintang berkenaan.

Foto: Instagram Nora Ariffin

https://youtu.be/U09qIASqWGI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI