Selepas lama tidak muncul di kaca tv, pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa memaklumkan dirinya kini sebenarnya sudah pun meninggal dunia seni.
Menurut Fatin, perkara tersebut merupakan pemintaan suaminya yang juga merupakan usahawan, Aliff Awang selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2022.
“Selepas berkahwin, saya hormati permintaan suami. Dia tanya saya, boleh ke saya berhenti menyanyi dan berlakon? Saya bersetuju kerana saya sayangkan dia.
“Cuma saya minta kelonggaran sedikit untuk berkerja dan menerima kempen di media sosial. Lagipun saya sudah biasa bekerja.
“Bila terlibat dengan kempen di media sosial, boleh juga saya berjumpa dengan rakan-rakan artis dan pihak media sekali sekala,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Tentang Bulan itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE, baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, antara faktor suaminya meminta dia berhenti berlakon adalah untuk menjaga aurat dan batas pergaulan.
“Apa yang boleh saya katakan ketika ini, saya tidak akan menyanyi dan berlakon lagi. Saya kini sedang berusaha menjadi muslim yang lebih baik.
“Kata suami, bila menyanyi, suara itu aurat. Bila berlakon pula, pergaulan berlaku secara bebas. Bila difikir-fikirkan semula, ada betulnya juga.
“Ketika saya aktif berlakon dahulu, kita bebas bergaul tak kira sama ada mereka isteri atau suami orang.
Ads
“Saya tak mahu lagi berada di posisi itu lagi. Fokus saya ketika ini adalah keluarga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fatin turut memaklumkan dia dan suami kini sedang berusaha menjadi muslim yang lebih baik agar menjadi contoh yang teladan buat anak-anak.
“Nak kata kami sepenuhnya berubah pun takut juga. Iman kita ini naik turun dan kami berusaha menjadi muslim yang lebih baik. Saya dan suami pun sudah meninggalkan perkara-perkara haram dan tidak elok.
Ads
“Saya bagitahu suami, bila kita nak didik anak-anak, kita kena menjadi manusia yang lebih baik kerana mereka melihat kita sebagai teladan.
“Kalau anak tengok kita buat perkara tak elok, nanti mereka akan ikut dan kita tak boleh salahkan mereka. Kita kena menjadi contoh terbaik supaya kita menjadi idola mereka,” ulasnya lagi.
Fatin menambah, kehidupannya kini juga jauh lebih tenang dan dia juga merasa beruntung kerana dikurniakan suami yang menitik beratkan soal agama.
“Kehidupan saya kini sangat tenang dan rasa lebih baik. Saya pun masih dalam proses pembelajaran. Pada awalnya, saya pun tak tahu nak pakai tudung macam mana.
“Agak susah juga mencari style yang sesuai dan sopan. Kelas agama saya adalah dengan suami saya. Selepas solat, dia akan membacakan hadis. Kami belajar sama-sama,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terharu dengan kejutan istimewa daripada suaminya, Raf Yaakob bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang keempat, pelakon dan usahawan Mawar Rashid menitipkan dedikasi indah buat lelaki yang paling dicintainya itu.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat Raf dengan hadiah istimewa yang tidak pernah disangka-sangka.
“Happy 4th anniversary abang. Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat surprise macam ni. Sangat meaningful. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yang ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua.
“Kita je faham betapa struggle nya kita, keje siang malam, ups & down kita, struggle nak bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi, tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kite,” kongsi Mawar.
Perkara tersebut disampaikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi satu entri di Instagram yang dikemas kini.
Pada masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2015 sezaman Raysha Rizrose dan Puteri Aishah itu turut menghargai usaha suami yang sekaligus mengimbau kembali memorinya ketika dilamar sebelum ini.
“Anje appreciate sangat effort abang. Thank you abg buat Anje happy sangat-sangat. Kenangan yang Anje tak kan lupa. Abg ni romantic betul dari dulu sampai sekarang tak brubah.
“Anje mcm biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy. Dulu tu masa propose memang la sweet tapi Anje cam tak de perasaan sgt, dia cam blur-blur sebab baru kenal abang beberapa bulan kan.
“Tapi surprise yang ni perasaan Anje tak macam dulu, sekrang ni dia cam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang, kita pun dah go through macam2 together..
“I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sbb sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us,” tulisnya lagi.
Pelakon popular era 90-an, Azah Aziz menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa terhadap komen seorang individuyang mengkritik pertuturannya dalam Bahasa Inggeris meski lama bermastautin di luar negara.
Jelasnya, sedangkan masyarakat di Kanada memahami cara perbualan orang luar dan tiada keperluan baginya mengikuti slanga di sana. Malah dia tidak mahu dikatakan sebagai lupa diri.
“Kau ni tak de kerja yee..komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke..aku berterabur pun kau kecam , aku speaking French kang kau kata aku berlagak,kang kau tak faham lakk.
“Aku speaking buat2 slang kang kau kata aku berlagak..aku duk oversea lama2 klu aku speaking berterabur pun kau kecam..aku org kg baru, aku tak berlagak cam org2 duk m’sia tu, acah2 slang speaking, tak reti cakap melayu..sodehhhh.
“Aku speaking ikut cara aku leer.. lantakkk..org2 canada faham pun,pasal kau nak sibuk.ramai org2 kat Canada speaking berterabur gakkk..cam Mexican,Indonesian, Italian, French, Korean, Japanese,Filipino ..semua klu speaking English berterabur gakkk.
“Kau tu jeer tak pernah gi oversea kut, konon duk m’sia kenalah speaking or write proper English keee…sodehhh hidup kau dikk.
“Bff aku @shieraijoy tu memang dia terror speaking, lepas blik London terus dia speaking London kan, tapi dia tak berlagak, .. kang aku nak ajar dia speaking french lakkk sebelum dia dtg sini,mesti berterabur kann. luv u n miss u shiera,” kongsinya.