Baru sahaja melangsungkan pernikahan 14 Disember tahun lalu, Sasqia Dahuri mengakui belum punya perancangan untuk duduk serumah dengan suami, ahli perniagaan hartanah dari Singapura, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan.
Ulasnya, komitmen kerja di negara masing-masing menyukarkan kedua-duanya untuk tinggal bersama.
“Ini adalah kerja saya, jadi selepas kahwin saya tetap meneruskan kerja hakiki. Suami pun tak kisah. Jadi saya ulang alik ke Singapura dan kadang kala suami akan datang ke sini.
“Mungkin susah bila selalu kena traveling, tapi bila dah selalu buat, kita dah tak rasa penat.
“Selalunya paling lama berjauhan dengan suami dalam sebulan lebih. Dari masa bercinta dulu kami sudah biasa,
” tuturnya selesa dengan hubungan jarak jauh.Ulas wanita berusia 34 tahun ini, sedar akan hakikat salah seorang harus mengorbankan status warganegara, dia hanya mengikut kemahuan suami. Namun sehingga kini, kedua-duanya selesa begini.
“Saya pernah duduk di Singapura sekejap namun jadi mati kutu sebab tak tahu nak buat apa. Begitu juga dengan suami apabila dia ke sini. Jadi kami belum putuskan di mana untuk tinggal bersama,”
katanya yang belum punya perancangan untuk memiliki cahaya mata.Foto – Instagram Sasqia Dahuri