Pendakwah yang kini bergelar selebriti, PU Riz telah menafikan foto lelaki ‘selfie’ sambil menampakkan alat sulit yang mulai tular di media sosial sejak awal pagi lagi adalah dirinya.
Memetik mStar Online, pendakwah berkenaan menjelaskan dia terkejut apabila mengetahui mengenai hal berkenaan dan sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, Selangor, pagi Selasa.
“Itu bukan saya! Saya terkejut apabila mengetahui mengenai foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi ini.
“Saya sudah buat laporan polis,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Riz menambah dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin.
Difahamkan, individu tidak dikenali itu ada meminta sejumlah wang dan tidak menolak ia ada kaitan dengan penyebaran foto terbabit.
“Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan saja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah.
“Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu menerisi Twitter, dua keping foto memperlihatkan seorang lelaki bergambar dalam cara tidak senonoh sambil memegang alat sulit tersebar, lantas dikongsi pengguna media sosial lainnya.
Sumber: mStar Online