“Sudah tentu rasa bersyukur bila dapat masuk ke final, kami sudah buat yang terbaik untuk dapat nombor satu tapi tiada rezeki.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat sejurus dinobatkan sebagai Naib Juara Famili Duo yang bersiaran secara langsung di TV3, malam tadi.
Bergandingan bersama adiknya, Fyna Jebat, juara musim kedua program realiti itu disandang anak kepada penyanyi senior Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.
“Apa pun saya percaya apa yang sudah tertulis ini ada hikmah di sebaliknya. Apa yang paling utama bagi saya sekarang ialah, saya dapat kembalikan kembali semangat peminat.
“Malah kami adik beradik juga dapat menghiburkan semua orang. Lebih istimewa bila kami turut undang kembali barisan selebriti yang pernah terbabit secara langsung bersama The Jebats dari minggu pertama hinggalah ke final.
“Orang kata ‘singnature’ mereka ini kita kembalikan ke malam kemuncal. Kami merasakan itulah momen paling berharga. Bukan nak kata ia bukan sebab wang ringgit, tapi bagi saya persembahan akhir malam tadi adalah anugerah yang sebenar,” katanya.
Ads
Sementara itu, Fyna yang turut berkongsi perasaan gembira turut terharu atas komitmen yang telah diberikan kakaknya sepanjang pertandingan.
“Saya rasa beruntung kerana daripada minggu pertama hingga akhir ini kakak saya bertungkus lumus. Bayangkan waktu tidurnya yang tidak cukup dan dia pun mempunyai anak.
“Saya berterima kasih atas segala yang telah dicurahkan. Pertandingan ini satu pendedahan baik untuk saya selepas lama menyepi. Terharu sebab Ayda sentiasa ada dan tak pernah jemu berikan tunjuk ajar,” katanya.
Ads
Berkongsi aspek prop memukau yang ditonjolkan setiap minggu, Ayda mendedahkan kos yang dilabur lebih RM150,000 keseluruhan.
“Saya ada berkongsi dengan keluarga juga mengenai perkara ini, sama ada ia berbaloi untuk saya manfaatkan jumlah sebanyak itu dan mereka berikan pandangan. Bagi saya sendiri pun, ia lebih kepada apa yang ingin saya persembahkan.
Ads
“Sudah tentu, dengan kos itu jugalah secara tak langsung saya dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang terlibat sepanjang saingan. Itu pun sudah buatkan saya rasa gembira.
“Kalau dilihat daripada sudut kontra pula, sudah tentu ia dilihat tidak berbaloi dari semua segi, misalnya dalam soal usaha, kreativiti, masa, energi dan sebagainya. Bagi saya ia lebih daripada nilai tersebut.
“Tapi bila difikirkan mengenai kepuasan diri dan untuk peminat, malah juri pun beri markah penuh, ia menaikkan semangat kami lagi. Cuma mungkin selepas ini kami perlu fikirkan juga soal practicality.
“Saya percaya masing-masing ada cara yang tersendiri. Inilah dinamakan adat pertandingan dan berbalik kepada soal rezeki. InsyaAllah ada yang lebih baik selepas ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies menzahirkan saya syukur dan gembira atas perkahwinan kakak, Risteena dengan suaminya yang juga pelakon, Isa Khan.
Majlis yang berlangsung pada 12 Mac lalu itu berjalan lancar meski diadakan dalam norma baharu.
“Pada usianya yang mencecah 32 tahun, akhirnya inilah jodoh dia. Selamanya saya asyik terfikir, siapalah jodohnya nanti, rupanya Isa. Jadi bila sudah sah, saya rasa gembira. Sedih pun ada sebab kakak saya sudah ada yang ‘ambil’.
“Isa seorang lelaki yang sangat baik dan masing-masing saling mencintai di antara satu sama lain, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai hari bahagianya pula, Ruhainies yang diketahui sedang menjalin hubungan istimewa bersama lelaki yang dikenali sebagai Elf Johan mengakui masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang.
“Saya tiadalah lagi perancangan ke arah itu (mendirikan rumah tangga) memandangkan jadual lakonan sudah pun penuh hingga hujung tahun.
“Memang padat memandangkan projek terdahulu terpaksa ditangguhkan atas situasi pandemik. Jadi kini, kebanyakkan kembali buat penggambaran. Ada yang perlu dianjakkan tarikh sampailah hujung tahun.
“Jadi, tahun ini perancangan ke arah itu belum lagi,” katanya jujur.
Tidak boleh lari daripada terus ditanya mengenai perkara itu, dia yang bakal muncul menerusi drama bersiri, Cukup Derita Itu meminta ramai mendoakan yang terbaik.
“Saya sudah jangka, bila kakak sudah berkahwin pasti ada yang akan tanya bila pula giliran saya. Apa pun saya serahkan pada aturan Allah SWT.
“Sebab macam Risteena sendiri, dia rancang kahwin November tahun lalu tetapi jodohnya bulan ini. Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukqn segalanya. Doakanlah yang baik-baik.
“Saya dan si dia adalah juga berbincang mengenai perkara itu, tapi tidaklah terlalu serius. Keluarga pun tidak juga asak dan bertanya bila nak berkahwin.
“Kami sudah tahun keempat bersama, minta kalian doakan sahaja. Kalau ada jodoh tak kan ke mana.
“Saya tidak berani nak bercakap lebih-lebih, bila sudah sampai ke fasa itu barulah boleh berkongsi. Saya tidak mahu canang beriya-iya selagi tak pasti,” katanya.
Foto: Instagram Ruhainies, Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Niena Baharun berkongsi pengalaman cemas apabila permata hatinya, Adiel Mikail tersungkur baru-baru ini di tepi bucu lantai hingga meninggalkan kesan pada bahagian dahi kanak-kanak berkenaan.
Sebelum ini, bintang Jangan Benci Cintaku ini turut mendedahkan dahi Adiel sedia benjol selepas terhantuk pada pintu sebelum ini.
“Daddy cakap biasalah anak boy tengah lasak. Tapi mommy risau parut tu macam mana nak hilang.
“Tapi takpe asalkan, @adielmikael okay. Petang semalam al kisahnya dia tersungkur dekat tepi bucu lantai, dahi yang terkena dulu.
“Sebelum tu dah ada benjol dekat tempat yang sama akibat terhantuk dengan pintu sebab duk main celah celah langsir. Sabar jelah. Nasib baik luka tk teruk sangat.
“Harap harap selepas kejadian ni, Adiel Mikael makin behave,” doa Niena buat putera pertamanya itu.
Aktres Nur Fazura, yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam untuk prosiding kedua tuntutan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin kira-kira jam 9.15 pagi tadi kekal diiringi lima pengawal peribadi.
Tampak tenang, Fazura, 41, yang hadir mengenakan persalinan dalam rona pastel mengulas mengenai hantarannya di Instagram Story yang dimuat naik pagi tadi.
“Tak ada (apa-apa maksud). ‘Quotes’ biasa saja,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai apa yang diharapkan terhadap prosiding hari ini, Fazura berdoa agar semuanya dipermudahkan.
“Insya-Allah, semoga dipermudahkan. Alhamdulillah Fatima sihat,” katanya lagi.
Selain diiringi pengawal peribadi, Fazura turut ditemani peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan.
Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.
Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!