Isu pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah menjadi perbualan hangat di kalangan wargamaya.
Ada yang menyambut baik dan tidak kurang yang seolah-olah masih ragu-ragu mengenai perkara tersebut.
Pelakon dan pengacara tekenal, Norman Hakim misalnya turut diminta memberikan pendapat terhadap isu pemberian vaksin yang bakal dilakukan secara berperingkat itu.
Menurut Norman, pemberian vaksin ini harus dipandang dari sudut positif demi kebaikan bersama.
“Bagi saya, kita kena pandang ia daripada sudut positif. Pun begitu, saya rasa masih tidak untuk bercakap mengenai isu suntikan vaksin ini.
Ads
“Cuma pada saya, selagi kita percaya bahawa segala apa yang berlaku dalam dunia termasuklah vaksin misalnya, semuanya atas iziNya. Saya percaya masing-masing ada pendapat tersendiri.
“Bila kita percaya vaksin ini adalah sebagai satu pengantaraan atau asbab atas keizinan daripada atas sana, jadi kita kena yakin benda itu akan membawa satu kebaikan dalam kehidupan.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya kepada MH.
Ads
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pelakon berusia 45 tahun juga turut memaklumkan sudah bersedia berbuat demikian.
“Macam saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sudah pun mendaftar pengambilan vaksin dalam aplikasi MySejahtera, termasuk semua ahli keluarga,” akhiri Norman.
Ads
Terdahulu, hos program Mingguan Wanita ini ditemui di lokasi penggambaran program MH Throwback yang bakal disiarkan Mac depan.
https://youtu.be/qGfPSqhVbGU
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penderitaan Muhammad Hafizuddin atau Hafiz dari Terengganu yang diuji penderitaan penyakit saraf sejak lima tahun lalu mendapat perhatian Yayasan Ikhlas (YI).
Badan bukan berasaskan keuntungan itu dalam kenyataan medianya berkata, kempen murni dipanggil Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) adalah kempen yang sedang diusahakan saat ini.
Dana yang bakal dikumpul termasuklah pembiayaan adik Hafiz selain disalurkan bantuan dan keperluan kepada beberapa pesakit lain. Hal itu dialui oleh Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
“Kempen Bantu Pesakit Sihat ini sudah berjalan selama dua tahun lalu, di mana pihak kami (Yayasan Ikhlas) dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan ini yang tersisih daripada segi pembiayaan bantuan kewangan dan perubatan.
“Ikutkan sudah ramai pesakit yang pihak kami berjaya bantu sejak kempen ini berjalan. Kes adik Hafiz antara yang terpencil kami usahakan baru-baru ini.
“Kami berusaha mahu membantu dan mengurangkan beban keluarganya. Kami menyeru orang ramai turut sama-sama ambil tanggungjawab bantu menderma,” kata Prof Dr Zainur Rashid.
Beberapa minggu lalu YI berkunjung ke kediaman adik Hafiz di Kuala Terengganu dan disertai ahli perniagaan serta pempengaruh Ahmad Iqbal Zulkefli.
Malah Iqbal turut memuat naik video di laman Instagramnya mengenai kunjungan terbabit.
“Sebelum bekerjasama dengan YI, nama saya turut dipetik di kalangan warganet untuk membantu adik Hafiz. Tapi saya bersyukur ia dipermudahkan menerusi kerjasama dengan YI ini.
“Lagipun sementara nama saya dikenali, boleh guna peluang ini untuk ajak masyarakat menderma terus ke YI bagi Kempen BPS ini.
“Dari Kuala Lumpur saya terbang Ke Kuala Terengganu untuk menjayakan lawatan bersama YI ke rumah adik Hafiz. Malah sempat juga saya, pihak YI dan sukarelawan universiti mengemas rumah, membaiki bahagian rosak dan mengecat kediaman, membeli peralatan dapur serta katil khas kepada adik Hafiz.
“Saya berharap lebih ramai pempengaruh atau artis lain dapat turut membantu untuk menyebarkan sebarang mesej yang sebegini. Selain dari itu saya juga menyeru orang ramai turut sama-sama menderma sekecil-kecil nilai bermula RM10 seorang,” kata Iqbal.
Sementara itu, kesihatan adik Hafiz, 21, dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk dilaporkan merosot sejak terjatuh tangga di sekolahnya ketika berusia 16 tahun.
Berusia seperti remaja, namun hakikatnya adik Hafiz berbadan kecil dan kurus kering kerana beratnya hanya sekitar 10 kilogram.
Menerusi kenyataan YI lagi, lima bulan selepas kejadian terjatuh tangga itu, anak bongsu dari lima beradik itu mengalami demam panas sehingga pergerakannya terbatas dan tidak lagi seimbang.
“Penderitaan dan sakit yang di alami selama lebih lima tahun ini, asbab berpunca dari jatuh tangga di sekolah ketika adik Hafiz berumur 16 tahun sehingga menyebabkan demam panas. Lima bulan kemudian, dia hilang keseimbangan badan serta berjalan senget.
“Musibah yang menimpa ini menyebabkan dia tidak dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih menyayat hati, ibunya, Khatijah Muhammad sudah kembali ke rahmatullahi empat tahun lalu akibat penyakit kanser payu udara.
“Jiwanya semakin runtun apabila ibunya tiada di sisi dan keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga tulangnya menjadi rapuh dan kakinya patah tiga,” kata wakil YI.
Tambah kenyataan YI lagi, kini, bapa adik Hafiz, Ismail Wahab seorang pesara berusia 63 tahun mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga dan menguruskan keadaan anaknya itu.
“Ismail memaklumkan, sebahagian besar wang pencennya di gunakan untuk melunaskan hutang pinjaman bank yang di buatnya untuk membuka kedai makan sejurus bersara empat tahun lalu.
“Namun, kedai makan tersebut terpaksa ditutup ekoran kerugian akibat pandemik COVID 19, sekaligus menyebabkannya hilang punca pendapatan Ini antara 1001 kisah manusia yang di uji sakit, daif dan miskin.
“Atas rasa peduli dan prihatin, YIhadir mendengar keluh kesah, lalu tanpa berlengah menghulurkan bantuan yang di perlukan adik Hafiz,” kata wakil YI.
Bantuan berkala ini juga akan terus menerus bersama adik Hafiz dan akan mengikuti perkembangan kesihatannya sehingga mendapat berat badan yang lebih baik.
Anggaran kos yang perlu di tanggung bapanya juga adalah sebanyak RM2,000 sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu video pendek yang dikongsikan Bella Astillah mencuri perhatian peminat apabila ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik di Instagram pada Jumaat.
Melakukan ‘step’ tarian ringkas bersama adiknya Didi Astillah bagi mempromosikan satu produk mengawal berat badan, ‘baby bump’ ibu beranak satu ini juga sudah pun jelas kelihatan.
Tulisnya pada sisi kapsyen, dia juga mahu menghadiahkan produk berkaitan memandangkan dirinya yang berbadan dua ketika ini hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah.
Usai pernikahan antara pereka terkenal, Rizman Nordin bersama pasangan Nurida Suraya pagi tadi, primadona tanah air, Hajjah Erra Fazira ada menitipkan ucapan istimewa buat kedua mempelai.
Titipan dan harapan berharga dari rakan baik itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram.
Herion Hingga Hujung Nyawa ini memaklumkan, bahtera rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya, namun hadapinya dengan tenang.
“Ya Allahhhh.. menitis airmataku dipagi hari yg penuh baraqah ini.. betapa terharu dan bahagianya melihat seorang lagi adikku @rizman.n mengakhiri zaman bujangnya.. segala doa dan hajatmu dik, kini termakbul.
“Layarilah bahtera rumahtangga kalian dengan penuh kasih sayang dan manja tawa, pasti akan ada pasang surut tika sedang mengemudi bahtera namun itu hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup, dlm pahit ada manis, dalam tangis ada tawa.. tiada yg indah selamanya.. tiada juga yg pahit selamanya.. yang kekal selamanya.. HANYALAH DISANA KELAK,” tulisnya.
Pengacara Mingguan Wanita ini turut menyifatkan perjalanan jejaka ini cukup jauh sebelum menemui destinasi bahagia di depan mata.
“Adikku.. jauh pengembaraanmu untuk menemui destinasi ini.. bertahun mengatur langkah dgn sejuta doa dan harapan.. maka nikmatilah bersama destinasi ini dengan penuh rasa syukur dan hargai setiap detik dan waktu didunia ini hingga pertemuan kalian seterusnya InsyaAlah disyurga kelak.
Rizman dan Nurida Suraya bertunang pada Jun lalu selepas setahun lebih mengenali hati budi.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Antara rakan selebriti yang turut menjadi saksi ijab kabul mereka termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Fazura.
Foto : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...