Sudah Dengar Lagu Raya Pertama Aina Abdul? Ini Kelainan Yang Diterapnya Menerusi Single Baru

Share

 Selepas ‘Shadow’, ‘Sumpah’, dan ‘Semalam’, penyanyi yang kian meningkat naik namanya  Aina Abdul kembali lagi dengan ‘Syahdu Di Pagi Syawal’.

Cumanya kali ini, Aina pertaruhkan lagu raya untuk semua para pendengar, dan pertama kali menghasilkannya.

Lagu berjudul ‘Syahdu Di Pagi Syawal’ itu menceritakan tentang seorang anak yang terpaksa berjauhan dengan ibu bapanya di pagi raya.

Bila difikir semula, ia boleh diekspresikan dengan situasi semasa di negara kita yang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khusus sebagai usaha dalam membasmi penularan Covid-19, si anak tidak dapat pulang ke kampung halaman demi keselamatan dan kesihatan orang tua.

Menariknya juga, Aina cuba untuk bermain dengan elemen tradisional seperti lenggok lagu dan alat-alat muzik yang digunakan dalam penghasilan lagu ini.

Aina tidak berseorangan kali ini kerana liriknya turut ditulis bersama Wan Zakaria. Melodi digubah oleh Aina sendiri dan susulan lagu diolah Encik Fairuz.

Dalam lagu ini Juga, Aiba menggunakan khidmat pemain seruling terkenal, Mohar.

Lagu ‘Syahdu Di Pagi Syawal’ telah pun berada di semua saluran digital seperti iTunes, Spotify, Joox, dan Youtube bermula 24 April 2020 lalu.

Muzik video lirik lagu berkenaan sudah ditonton lebih 50,000 kali selepas ia beberapa hari dikongsikan menerusi Youtube.

Bagi yang sudah mendengar, apa komen dan pendapat kalian?

Published by
MH