Bintang versatil, Erra Fazira ada memberikan reaksi sejurus diundang sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop.
Sambil menyatakan rasa senang atas jemputan selain ditemani rakan hos yang sedia hebat, Erra terdahulu menjelaskan kehadirannya ke set rancangan tersebut hanyalah sebagai hos jemputan sahaja.
“Semalam. Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.
”Sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja. Minggu depan orang lain pulak k, chill chill dong,” jelas Erra yang turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.
“Apapun, thank you @nabilzira yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara, kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!!
”Thank you team meletop sudi undang saya, set baru mmg mengancammm!! Tantekkkkk nampak wow!
”Ada rezeki insyaAllah panggil lagi k! Nak pakai baju pelik pelik tapi benar lagiiii,” katanya menerusi entri yang disertakan dengan beberapa kepingan aksi kandid.
Sementara itu, di ruangan komen para peminat turut memberikan reaksi tersendiri termasuk imej yang dikenakan pelakon Hingga Hujung Nyawa itu.
Terdahulu, Erra hadir ke set MeleTop dengan mengenakan sut ala ‘boyfriend cut’ dalam rona pastel yang cukup terletak di badannya.
Foto: Instagram Erra Fazira