Hadir bagi membuat persembahan pada kejohanan Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana baru-baru ini, Syamel mengakui rasa lebih terinspirasi apabila melihat ramai penglibatan anak muda yang mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, meski ada rasa untuk tampil seperti mereka, namun penyanyi Engkau Pun Sama ini bagaimana pun lebih gemar untuk tampil lebih kurus berbanding badan yang mempunyai otot seperti ahli bina badan.
“Suka tengok anak muda badan semuanya cantik. Inspirasi juga bila tengok tambahan pula saya pun dalam proses untuk kuruskan badan. Tapi tak adalah sampai mahu sado. Memadai kalau berat badan turun berbanding sebelum ini.
“Cuma bila saya nak kurus tu, tak adalah saya nak kata tak okay kalau tubuh besar. Cuma saya pernah ‘berada’ di situ. Jadi apa salahnya kalau saya ambil inesiatif untuk turunkan berat badan pula,” jelasnya.
Ditanya berapakah berat badannya ketika ini, Syamel memberitahu berat badannya sekarang adalah sekitar 80 kilogram.
“Sekarang berat dalam 80kg. Dulu dalam 99kg macam tu. Kalau boleh nak turunkan lagi 10kg. target tahun depan boleh capai berat idaman tu. Saya tidaklah terlalu push sangat. Buat pun mana yang termampu,” terang Syamel yang banyak mengisi masa dengan bersukan kebelakangan ini.
“Saya tidak kisah kalau tak dapat makan nasi. Pada masa sama, saya juga akan main fustal sekurang-kurangnya dalam tiga kali dalam seminggu,” kongsi Syamil.
Dalam perkembangan lain, penyanyi yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 Februari depan juga baru saja selesai membuat lagu buat Ernie.
Lagu yang dicipta bersama Omar K itu akan menjadi single penyanyi wanita itu tidak lama lagi.
“Selain itu, saya juga sedang mencari material untuk single baru selain merancang untuk merakam lagu duet juga bersama Ernie, InsyaAllah,” akhirinya.
Foto: Instagram Syamel