Tidak dinafikan, kelangsungan hubungan menjadi agak terbatas dan tidak lagi seperti kelaziman ekoran pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.
Meski tidak berpeluang untuk bertemu, bintang dua negara, Datuk Siti Nurhaliza dan rakannya dari Indonesia, penyanyi Kris Dayangi akan bersama-sama menerusi satu sesi ‘IG Live’ istimewa, Jambatan Kasih Malaysia Indonesia.
Perkara tersebut dimaklumkan Siti menerusi satu hantaran di Instagram, malam ini, jam 8.00 malam (waktu Indonesia) atau 9.00 malam (waktu Malaysia).
“Sudah lama tidak bertemu muka dengan sahabat saya, love @krisdayantilemos namun kami sering bermesej dan bertanya khabar.
“Tidak ada apa yang membataskan, apatah lagi kes pandemik Covid-19 di Malaysia dan Indonesia semakin bertambah angka hari demi hari,” tulisnya.
Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini juga berharap sesi tersebut memberi ruang buat mereka untuk sama-sama berkongsi cerita serta perkembangan terkini situasi pandemik Covid-19 di kedua-kedua negara.
“Namun jambatan kasih dan ingatan bakal menemukan kami berdua di IG live pada malam esok. Jam 9 malam waktu Malaysia dan 8 malam waktu Indonesia.
“Jangan lupa menonton kami berdua CTKD malam esok di IG saya dan moga kita boleh saling berkongsi, berbahagi cerita dan perkembangan terbaharu termasuk keadaan pandemik di negara masing-masing #ctkd,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI
untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!Foto: Instagram Siti Nurhaliza