
Pelakon jelita, Izreen Azminda semakin gemar berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Aaaron Ibrahim yang telah selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon berusia 34 tahun itu telah berkongsi foto terkini anak keduanya itu.
Bintang kelahiran Kangar, Perlis ini turut memaklumkan anak keduanya itu kini sudah mencecah usia 5 bulan dan sudah tumbuh gigi.
“Awak baru nk masok 5 bulan.. Dah dua batang gigi dah adik.. #aaronibrahim,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B5FEyTvHaK6hbcd9kK1Mqb0f345ltvl4UhVt-U0/
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Birthday Boy Kita Ni Pemalu Orangnya,”- Fazura Buat Kejutan Sempena Hari Jadi Suami, Sweetnya!

Pelakon, Fazura telah membuat satu kejutan istimewa bersempena dengan hari jadi suaminya, pelakon Fattah Amin, hari ini.
Fazura atau nama penuhnya Fazura Sharifuddin berkongsi momen tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Di samping itu, aktres jelita ini ada menitipkan ucapan manis kepada suaminya.
“Happy Birthday in advance to my Hubsbaby @fattahaminz . Susah jugak nak plan, nasib baik ada fellow mastermind Faz..
“@imantang75 untuk tolong arrange semua dengan @dee.aziz , @zieazmy , @chot and @balloon_bar .
“Birthday boy kita ni pemalu orangnya.. tapi nampak dia senyum ke telinga tu and mengaku dia sangat tak suspect apa-apa memang buat hati Faz semakin berbunga-bunga!
“Sampai sekarang ni dia masih senyum-senyum lagi. So kira berjaya lah ya? Yayy.. Alhamdulillah! Love you so much sayang! I’m so happy that you’re happy.,” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/CFEwmlzFWz4/?igshid=qlfz9he3l8hz
Sekadar informasi, Fattah telah dilahirkan pada 14 September 1990 dan mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017.
Video: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sukar Untuk Dapatkan Keserasian Seperti Dulu Atau…,”- Sofi Jikan Ulas Andai Terima Tawaran Berlakon Dengan Farid Kamil

Walaupun beranggapan kemelut persahabatannya dengan Datuk Farid Kamil sudah berakhir, namun Sofi Jikan mengakui dia masih sukar untuk melupakan apa yang berlaku sebelum ini.
Menurutnya, terdapat beberapa halangan untuknya menjalin hubungan akrab seperti dulu.
Pada masa sama, dia merasakan, agak sukar mencipta keserasian sekiranya digandingkan dalam mana-mana produksi.
“Sukar untuk dapatkan keserasian seperti dulu atau bersahabat kembali seperti dulu.
“Kalau saya berlakon boleh jadikan saya berkawan dengannya… saya bersikap profesional.
“Saya juga dah tak ambil hati dan doakan agar dia sentiasa berjaya,” katanya kepada MH.
Sofi atau nama penuhnya Mohamad Shoffi Jikan ditemui pada majlis tayangan amal filem Jodoh Syaitan, baru-baru ini.
Turut dilakukan pada majlis sama ialah sesi penyerahan sumbangan amal untuk Rumah Anak Yatim Datuk Faridah.
Dalam pada itu, pelakon KL Gangster ini turut menjelaskan tiada isu di antara mereka berdua.
“Kami juga tak ada isu dan saya tak bermusuh dengannya.
“Sebab semua orang adalah musuh saya. Tidak ada kawan di sekeliling saya,” selorohnya.
Terdahulu, Sofi yang terkenal dengan dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas didapati positif ganja ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Farid.
Dalam laporannya, Farid didakwa turut menamakan pelakon KL Gangster itu sebagai antara tiga individu disyaki meletakkan dadah dalam minumannya.
Susulan itu, pada 31 Julai tahun lalu, pelakon terkenal dengan tagline “kasi sengat” itu dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan ganja, selain diperintah berada bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan selama tiga tahun.
Dalam perkembangan lain, Soffi membintangi filem Jodoh Syaitan bersama pelakon seperti Aprena Manrose, arwah Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Filem berkenaan telah memulakan tayangan di pawagam seluruh negara sejak 5 Mad lalu.
Sementara itu, Soffi bersama rakan pelakon lain juga memulakan Jelajah Promosi Filem Jodoh Syaitan bermula di Kuantan pada 6 hingga 8 Mac, diikuti Sungai Petani, Alor Setar pada 10 hingga 12 Mac depan.
Kemudiannya, akan bergerak ke Melaka (13 Mac), Batu Pahat (14 Mac) dan Johor Bahru (15 Mac).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sangat Setuju Dengan Format Baharu…,” – Fazley Yaakob Sokong Artis Masih Aktif & Popular Masuk GV, Buka Ruang Persaingan

Selebriti Datuk Fazley Yaakob menyokong perubahan format baharu yang diketengahkan program realiti, Gegar Vaganza (GV) apabila pada musim ini, penyanyi yang dilihat masih popular dan masih aktif turut diberi peluang untuk bersaing.
Fazley berkata, perubahan drastik yang berlaku memberi ruang persaingan yang lebih sihat, apatah lagi para peserta edisi kali ini disifatkan sebagai hebat belaka.
“Saya sangat setuju dengan format baharu yang dilakukan. Sebab ada penonton yang mungkin sudah bosan dengan pertandingan yang klise.
“Jadi bila Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) ambil penyanyi popular atau yang pernah memenangi anugerah lain untuk sertai, pada saya ia mengubah landskap GV itu sendiri.
“Saya sokong walaupun ada perserta yang popular tapi dia mungkin sudah lama tidak bertanding di dalam genre lagu yang berbeza. Sekarang ini, semua peserta bertanding dengan orang yang hebat.
“Jadi saya rasa dengan adanya pembaharuan itu, mungkin program pertandingan lain pun akan terfikir untuk melakukan perubahan juga,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Asmara Ini itu ditemui pada majlis Pelancaran Menu Baharu Starbucks di Starbucks Reserve Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara menu lazat terkini yang diperkenalkan ialah Kuih Bakar Burnt Cheesecake, Brioche Murtabak Ayam, Croissant Roti John, Pau Sambal Malaysia danAyam Percik Linguine.
Sementara itu ditanya sama ada format tersebut ‘adil’ untuk penyanyi yang mahu kembali selepas lama menyepi, Fazley mengulas;
“Sebab itu saya kata, GV bukanlah platform untuk membantu mereka yang ‘suam-suam kuku’, tetapi ia platform pertandingan. Bila saya sendiri pernah sertai GV, saya tahu ia sebuah pertandingan yang sebenar.
“Jadi kalau ia sebuah pertandingan, tak semestinya kalau orang itu (peserta) ‘suam-suam kuku’ atau sedang hebat mereka tidak boleh berada di pentas yang sama. Masing-masing ada kehebatan tersendiri.
“Sebab apa yang saya tahu, tema GV setiap tahun juga berbeza. Ketentuannya tahun ini kita tahu setiap peserta memang hebat. Rasa saya bila saingan GV9 ini sudah mula, penonton akan mulai faham ‘competition is competition’,” katanya lagi.
Terdahulu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad kepada media sebelum ini menjelaskan, format baharu itu bertepatan dengan peredaran masa.
Malah ia dibuat bagi menyuntik elemen kelainan selepas hampir sedekad menghiburkan penonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI