Finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Aweera bakal digandingkan bersama penyanyi Liza Hanim untuk tugasan lagu duet di pentas akhir program tersebut, pada Ahad depan.
Menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim dilihat sudah mula giat berlatih bersama Aweera.
Sebagai alumni program Gegar Vaganza, Liza menyifatkan Aweera sebagai seorang penyanyi yang sopan dan merendah diri.
Selain itu, Liza berpendapat Aweera sangat berbakat dan memiliki ton suara yang merdu.
“Bermula sudah ….Humble, sopan, ready to learn dan super talented suara sedap!!!! Thats @aweera_official Enjoy the show naaaaaa,” tulisnya.
Sekadar informasi, pasangan duet ini bakal menyampaikan sebuah lagu berjudul Sepi nyanyian asal oleh Aina Abdul.
Imbas kembali, Liza berjaya merangkul gelaran naib juara untuk program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pada tahun 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Liza Hanim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Juga Yang Kadang Bertanya Tu Boleh Mengguris Hati Kita,” – Izzue Islam Mengaku Pernah Stres ‘Digasak’ Pertanyaan Soal Anak
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui pernah berasa tertekan apabila ramai yang sering bertanyakan tentang soal cahaya mata.
Izzue dan isterinya, Awin Nurin yang mendirikan rumah tangga sejak lebih tujuh tahun lalu.
Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3, Izzue tampil sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat membincangkan topik bertajuk ‘Anak Penentu Bahagia’ bersama penonton.
Dia antara lain memberikan respon bercakap mengenai hal berkaitan.
“Tidak dinafikan seperti yang kita tahu anak ni akan bagi kita kebahagian, keceriaan dalam rumah tangga tapi macam saya dah alami dan kami dah berkahwin hampir 7 tahun masih belum lagi menimang cahaya mata.
“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak.
“Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan menguris hati kita,” luahnya.
Dalam pada itu, Izzue berkata dia dan isteri sentiasa bersikap positif dan berfikir secara rasional untuk berhadapan dengan pertanyaan sedemikian.
“Macam mana kami menangani tekanan ni dari awal lagi saya dan isteri harus positif walaupun macam saya cakap tadi ada pertanyaan yang kita boleh terima ada tidak yang kadang-kadang tu kita rasa kau ni nak tanya ke nak menyakitkan hati aku?
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres.
“Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdulillah,” katanya.
Sekadar informasi, Izzue mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Foto: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terima Mas Kahwin RM10k, Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Usahawan
Pelakon Nelydia Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, hari ini.
View this post on InstagramSAH @nelydiasenrose @mhafezhalimi #CSThowWeRoll #myotherhafeznel #sonymalaysia #a7riii #70200gm
A post shared by CST PRODUCTION (@cstproduction) on
Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan itu telah diadakan secara tertutup di J.W Marriot Hotel, Kuala Lumpur, pada jam 3.30 petang tadi.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose telah memakai busana serba putih itu telah menerima wang mas kahwin sebanyak RM 10,000.
Di samping itu, pelakon yang berusia 24 tahun itu telah menerima 9 dulang hantaran dan berbalas 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki.
View this post on InstagramA post shared by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh) on
Pasangan ini telah mula berkenalan sejak April 2017 dan Hafez telah melamar Nelydia pada tahun lalu.
MH ingin mengucapkan tahniah kepada Nelydia dan semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Foto: Instagram CST Production & Syed Faizal Syed Noh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tulang Pinggang Rasa Bengkok, Urat Berdenyut…,”- Tasha Manshahar Kongsi Pengalaman Hamil Anak Sulung
Penyanyi Tasha Manshahar kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan penyanyi dan penyampai radio, Fahrur Raqib Abdul Majid.
Sudah melayari bahtera perkahwinan sejak September tahun lalu, Tasha ada berkongsi pengalaman mengandung cahaya mata sulung yang kini sudah di peringkat ketiga (3rd trimester).
“#throwback When I was 5w pregnant. Tap for deets.
“I’m now somewhere in my 3rd trimester. How time flies. Setiap bulan, lain-lain experience. And syukur, my first and second trimester were not so bad. Penat, mual, muntah sikit-sikit tu normal. But Alhamdulillah Alhamdulillah nothing serious. Allah mudahkan.
“But honestly, 3rd trimester is something different. Taktahu nak describe. It is tough I must admit, but I enjoy every bit of it. Penat, tapi seronok, tapi tak larat, tapi best. Faham tak?
“Susah tu bukan susah apa tau. Macam mana nak cite eh. Okay, macamni.
Kongsi Tasha, dia mengalami kesakitan pada beberapa bahagian ototnya.
“Tulang pinggang rasa macam remuk bengkok especially belah kanan, my lower body selalu rasa ngilu, selalu rasa cramp bahagian pangkal peha. Tak boleh salah gerak sikit especially time tidur. Sometimes kaki rasa kebas walaupun tak buat apa-apa. Time tak bergerak pun kadang urat semua macam nyut nyut nyut
“Pastu, beratnya badan ni ya Rabbi! Bahagian bawah perut sakit especially masa berjalan. Perut rasa sakit, tp bukan nk buang air, sebu pun bukan, lapar pun bukan. Entah taktahu nak describe rasa tu. Tidur pun dah tak nyenyak. Setiap kali bangun dari baring yang lama (contohnya time bangun tidur)
“Semua bahagian sakit secara serentak! Mengah most of the time walaupun tengah baring. Maybe sebab baby dah besar. Allah mungkin nak bagi latihan supaya kita tak terkejut masa jaga baby nanti.
“Baiknya Allah! Patutlah ibu ni Allah letak dekat tempat paling special. Thank you and congratulations to my mommy and all mothers out there yang dah lebih awal berjaya dalam “perjuangan”,” kongsi Tasha atau nama penuhnya Nadia Natasha Mohd Manshahar.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Meski penat berbadan dua, namun Tasha gembira kerana baginya, inilah saat yang paling gembira ketika bergelar ibu.
“Tapi kan, rasa syukur sangat untuk experience ni. Memenatkan tapi seronok. I’m enjoying the pain la kiranya, walaupun kdg rasa nak cepat-cepat je bersalin sebab dia punya tak larat tu lain mcm!
“I always make du’a that Allah izin I bersalin dengan selamat, baby pun dalam keadaan yg sihat walafiat, pada waktu dan keadaan yang terbaik. Doakan ya?
Dalam pada itu, Tasha yang popular dengan lagu Bukan Aku turut mendoakan agar wanita diluar sana merasai nikmat mengandung.
“Untuk semua yang teringin nak ada baby, my du’a is with all of you. Semoga kalian juga dapat merasa nikmat mengandung secepatnya, dan semoga kita sama-sama berpeluang untuk merasa nikmat melahirkan zuriat yang soleh/solehah. Amin ?,” tulis Tasha.
Malah, Tasha juga sering berkongsi gambarnya yang sedang berbadan dua di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Foto : IG Tasha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI