Sudah Pulang Ke Rumah, Isteri Benarkan Orang Ramai Ziarah Ustaz Azhar Idrus, Tapi Ada Satu Syarat…

Share

Selepas beberapa hari ditahan di wad untuk menjalani pembedahan bahagian lengan, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) kini telah selamat pulang ke rumah.

Menerusi perkongsian isteri Azhar iaitu Rogayah Sulong, dia bersyukur kerana keadaan suaminya beransur pulih selepas tragedi jatuh basikal yang dilalui Azhar pada 4 November lalu.

Malah, Rogayah mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menziarahi UAI di rumah, namun mempunyai syarat iaitu tidak boleh bergambar bersama Azhar dalam keadaan yang belum stabil sepenuhnya.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah berkat doa semua keadaan ust makin bertambah baik.mekasih byk pd yg mendoakan.

“Pada sessiapa yg ingin menziarahi beliau mari ah deh pada ptg ni jam 5- 7 ptg waktu melawat, dgn satu pesanan jgn ambik gambo deh,” tulisnya.

Terdahulu, Azhar terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu bagi memulihkan kembali struktur tulang yang patah.

Basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar Kuala Terengganu pada 4 November lalu.

Foto : Facebook Rogayah Sulong, Instagram UAI

Published by
Amynur Akmal