Bagi peminat tegar filem Spider-Man: Far From Home yang sudah ditayangkan sejak 4 Julai lalu, pastinya berpuas hati dengan filem arahan Jon Watts ini.

Mana tidaknya, kelainan yang ditunjukan menerusi filem berdurasi dua jam sembilan minit ini pastinya memberi impak tersendiri buat para pengikut filem ini sejak sekian lama.

Jadi jom! MH senaraikan antara trivia menarik mengenai filem Spider-Man: Far From Home yang sehingga kini sudah pun digelar filem SpiderMan paling berjaya setakat ini!

Sinopsis

Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Peter Parker lakonan Tom Holland yang sedang bercuti bersama rakan-rakannya di Eropah selama dua minggu.

Bagaimanapun, percutian tersebut tidak seperti yang dirancang apabila kedatangan Nick Fury lakonan Samuel L Jackson yang memperkenalkan Peter dengan Quentin Beck Mysterio lakonan Jake Gyllenhaal) untuk bekerja sama menghadapi Hydro-Man.

Maka, bermulalah aksi antara mereka berdua.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Mencatat Kutipan Tertinggi

IKLAN

Sony Pictures Entertainment mendedahkan bahawa filem ini merekod kutipan lebih RM15 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di negara ini. Manakala di Amerika Syarikat pula, filem ini merekodkan kutipan sebanyak RM1 bilion. Wow!

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Hero Filem Spiderman

Tom Holland yang baru berusia bawah 25 tahun sudah berjaya memegang watak adiwira sebagai Spiderman! Malah, pelbagai aksi yang dilakukan bagi menjayakan watak berkenaan.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Heroin Filem Spiderman

IKLAN

Pelakon wanita, Zendaya memegang watak sebagai Michelle atau MJ Jones, iaitu teman istimewa Parker. Filem ini merupakan antara filem box-office terawalnya.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Filem Marvel Terakhir?

Filem Spider-Man: Far From Home juga merupakan filem terakhir bagi Marvel. Bagaimanapun, hal tersebut masih lagi menjadi tanya tanya peminat setia.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Sementara itu, rasai sendiri pengalaman menonton filem aksi berkenaan menerusi pengalaman simenatik berbeza di MBO Cinemas, khasnya di MBO Atria Shopping Gallery, Damansara. Ia menampilkan MBO KECIL dan Big Screen.

IKLAN

Lalu, MBO Atria Shopping Gallery memperkenalkan ONYX Cinema LED pertama hasil kerjasama bersama Samsung.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Secara tidak langsung, ia bakal ‘memancarkan’ kandungan yang mempunyai resolusi ultra-tajam di layar perak menerusi pancaran skrin LED yang futuristik.

Pada masa sama, dewan Onyx turut mengetengahkan aspek canggih lainnya termasuk skrin resolusi tinggi 4K yang menyokong kandungan resolusi dinamik tinggi (High Dinamic Resolution atau sinonim dipanggil HDR), persembahan warna yang tepat serta imej yang bebas distorsi.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Selain itu, pawagam ini juga mempersembahkan audio yang seumpama kehidupan nyata dengan menggunakan teknologi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang membolehkan penonton di setiap baris menikmati bunyi jelas serta seimbang.

“Spiderman Paling Sukses!”- Ketahui Trivia Gempak Filem Spider-Man: Far From Home

Sumber trivia : Metro UK Entertainment

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI