Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.

Memetik laporan Kosmo Onlie, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek menyifatkan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas dan hanya spekulasi nakal.

“Sudah Ramai Saya Ucap Guna Emoji Hati,” – Erra Fazira Jelaskan, Tiada Pengumuman Istimewa 7 Februari Ini

“Mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku,” katanya seperti yang dipetik.

Erra Fazira Dah Jumpa Keluarga Mr. E?

Dalam pada itu, pelakon filem Pasrah ini turut tidak mengiyakan desas desus yang mengatakan dirinya sudah bertemu dengan keluarga Ezwan Zain iaitu lelaki yang dikatakan sedang rapat dengannya.

Katanya lagi, dia dan Ezuan atau kini lebih dikenali sebagai Mr. E mula berkenalan ketika menjalani penggambaran program bual bicara, Primadona beberapa tahun lalu.

“Sudah Ramai Saya Ucap Guna Emoji Hati,” – Erra Fazira Jelaskan, Tiada Pengumuman Istimewa 7 Februari Ini

Ads

“Ketika penggambaran program itu di kafenya kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.

“Dari situ, kami mula berbual sekadar menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.

“Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai ucapan hari lahir yang dititipkan buat Mr. E, Erra memaklumkan ia merupakan ucapan biasa yang sering ditujukan buat kenalan terdekat.

Ads

“Sudah Ramai Saya Ucap Guna Emoji Hati,” – Erra Fazira Jelaskan, Tiada Pengumuman Istimewa 7 Februari Ini

“Mengucapkan ‘happy birthday’ adalah perkara biasa. Sebelum ini, sudah ramai yang saya ucap berserta dengan emoji hati. Mungkin dia terlihat sebagai ‘potential partner’ di mata orang luar.

“Saya jarang berkongsi apabila tiada keperluan untuk dikongsi. Dalam hati, tujuan saya sekadar ingin membuat kejutan istimewa buat Ezwan. Hanya ucapan ringkas buat ‘birthday boy’, maka saya muat naik,” katanya.

Ads

Terdahulu, ucapan khas dibuat Erra dalam Instagram Stories seperti ditujukan kepada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya mencuri perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, Erra dikatakan membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat insan disifatkannya sebagai mendamaikan.

Sekadar informasi, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penyanyi, Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Kemudian dia berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16, tetapi mereka berpisah pada 2014.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. 

Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online & Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI