Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nazir akui dia langsung tidak rasa ralat selepas gagal mara ke Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) akhir, Ahad depan.

Menurut Dina, dia sedar akan kemampuan sebenar dirinya lebih-lebih lagi selepas berdepan dengan masalah kesihatan.

“Sebenarnya saya jangka akan tersingkir pada minggu ke lima atau enam. Secara peribadi, kita boleh menilai sendiri sejauh mana tahap kemampuan kita dari aspek kebolehan nyanyian, tenaga dan kesihatan.

“Jadi, saya memang sudah meramal yang saya tidak akan ke final. Saya seorang yang sangat realistik dan sedar diri. Orang luar memang percaya yang saya boleh buat yang lebih baik tetapi saya sedar kemampuan saya.

“Saya langsung tiada perasaan ralat bila tersingkir di minggu separuh akhir ini. Melangkah sampai ke tahap ini juga sudah cukup baik,” katanya kepada MH.

Sementara itu, penyampai radio Sinar FM ini juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya terlampau cepat mengalah dan tidak menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Ads

“Saya telah berjuang dengan sehabis baik. Lagu-lagu yang saya bawakan juga kebanyakkannya tidak mudah. Saya berusaha membuktikan perjuangan saya sehingga kotak suara mengalami kecederaan serius.

“Masalah ini dah berlarutan agak lama. ‘Vocal chords’ saya memang dah rabak. Kalau orang lain mungkin dah lama tarik diri. Kesakitan itu saya ke tepikan. Kalau itu bukan berjuang lagi, tak tahu la nak cakap apa.

“Ketika menyanyikan lagu Bukan Dia Tapi Aku tadi pun sangat seksa. Janganlah kata saya tak berjuang,” ujarnya lagi.

Ads

“Sudah Ramal Yang Saya Tidak Akan Ke Final,” – Dina Nadzir Realistik, Berlapang Dada “Sudah Ramal Yang Saya Tidak Akan Ke Final,” – Dina Nadzir Realistik, Berlapang Dada “Sudah Ramal Yang Saya Tidak Akan Ke Final,” – Dina Nadzir Realistik, Berlapang Dada

Dina berkata sedemikian sejurus konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi.

Terdahulu, selain Dina, perjuangan seorang lagi bintang, Fuad Rahman turut terhenti sekaligus menyaksikan hanya enam bintang akan berentap merebut gelaran juara.

Ads

Enam bintang tersebut ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan naib juara pula akan meraih RM50,000.

Hadiah di tempak ketiga ialah wang tunai RM30,000 manakala tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI