
Pelakon Eyka Farhana mengesahkan dia bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila akan melangsungkan pernikahan bersama pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, awal bulan hadapan.
Eyka, 30, atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata, dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.
“Pastinya saya juga berdebar dan teruja untuk menanti detik diijabkabulkan sebagai isteri nanti.
“Apapun, kami sudah lama berkawan dan percaya sudah sampai seru untuk saya berumah tangga,” katanya, lapor Harian Metro.
Majlis Nikah Sederhana
Dalam pada itu, Eyka turut memaklumkan majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur, yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
“Saya mohon maaf tidak dapat beritahu tarikh tepat untuk majlis pernikahan kami atas sebab tertentu.
“Setakat ini, semua persiapan untuk majlis pernikahan kami juga berjalan lancar.
“Saya mohon doa dari semua terutama peminat agar majlis pernikahan kami nanti dipermudahkan, Insya-Allah,” ujarnya lagi.
Dirai Sebelum Bergelar Isteri
Sebelum ini, video Eyka diraikan dalam sebuah parti bujang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian oleh rakan-rakan artis, Eyka dilihat memakai selempang tertera tulisan ‘bride to be’ dalam suasana meriah dan eksklusif di sebuah restoran di ibu kota.
Antara yang hadir termasuk Mimi Lana, Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Amelia Henderson.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI