Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof ada berkongsi beberapa paparan komen melampau netizen yang dilemparkan terhadapnya.
Malah, usahawan berkenaan juga bakal membuat laporan polis terhadap perkara itu.
Dipercayai, Ain telah menerima pelbagai komen keterlaluan dan hinaan selepas video dirinya bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu Sufi, Irma Mahamud bersalaman dan berpelukan dengan anaknya tular di media sosial.
Perkara tersebut dikongsikan Ain menerusi Insta Stories awal semalam laporan itu dibuat bukan disebabkan dirinya berasa takut, tetapi tahap kesabaran sudah capai tahap maksimum.
“Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan disebabkan saya takut, tetapi saya seorang manusia yang ada tahap sabar,” tulis Ain menerusi salah satu paparan yang dikongsi.
Foto: Instagram Nurulain