Program realiti, Big Stage kembali lagi menghangatkan industri hiburan apabila tampil dengan kelainan yang menggabungkan negara dari Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan.

Mewakili peserta dari Malaysia ialah Adzrin Amiruddin, Irfan Haris, Kuchaimars, Santesh, Fieya Julia, Neeta Manishaa, Sheryl Shazwanie dan Syada Amzah.

Manakala peserta dari Thailand pula terdiri daripada Chaleeda Gilbert, Dinda Permata mewakili Indonesia dan Aziz Harun mewakili negara Brunei.

Paling memberi tumpuan adalah peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Han-Byul.

Akui bintang Korea itu, program ini merupakan cabaran terbesar baginya kerana bakal bersaing dengan para  peserta yang sangat hebat.

“Program ini (Big Stage 2019) adalah satu cabaran yang besar buat saya kerana saya akan bersaing dengan peserta yang mempunyai kehebatan vokal dan gaya mereka yang tersendiri,” kata Han-Byul kepada MH.

Malah, Han-Byul sudah bersedia untuk menyanyikan beberapa buah lagu Melayu kerana mahu mencabar dirinya sendiri dalam program realiti ini.

IKLAN

“Saya sudah bersedia untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu dan saya sedang mencuba menyanyikan beberapa lagu yang perlu dihayati untuk menjiwai lagu tersebut.

“Saya rasa diri saya adalah pencabar utama kerana saya perlu berdepan dengan bahasa Melayu dan peserta juga hebat belaka,” katanya jujur.

“Sudah Sedia Nyanyi Lagu Melayu,”- Peserta Korea Selatan, Jang Han-Byul Jadi Tumpuan Big Stage 2019! 

Memiliki 24,000 pengikut di Intagram, Han-Byul sedikit-sebanyak sudah membuat latihan untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu untuk pentas Big Stage yang bermula pada 18 Ogos ini

IKLAN

“Saya sudah mencuba melakukan latihan untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu seperti lagu dari Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya tersenyum dan mahu merahsiakan tajuk lagu terlebih dahulu.

View this post on Instagram

🔥🔥🔥🔥🔥🔥 Tonton cover saya Billie Eilish 'Wish You Were Gay' di saluran YouTube saya dan melanggan! (Is this correct? Lol just learning! Ps. From Malaysia) 새로운 커버 빌리아일리시 신곡 ‘Wish You Were Gay’를 제 유튜브채널에서 확인하세요! 구독도 부딱쓰~~ #원테이크 #라이브 Watch my cover of Billy Eilish ‘Wish You Were Gay’ on my YouTube channel and subscribe! #OneTake #1Take #Live あたらしいカバービリーシーしんきょく “Wish You Were Gay"をわたしのユーチューブチャンネルでかくにんしてください。 こうどくもしてください。 #ワンテイク #ライブ YouTube Channel: 장한별 HanByul #빌리아일리시 #위시유워게이 #장한별 #한별 #BillieEilish #WishYouWereGay #Cover #JangHanbyul #Hanbyul

A post shared by 장한별 🌐 (@onestarbyul) on

View this post on Instagram

새로운 커버가, 에드쉬런과 저스틴 비버의 신곡 ‘I Don’t Care’ 를 유튜브 채널에 업로드 됐습니다~ #원테이크 #라이브 Just uploaded a new cover! Hope you like this acoustic version of Ed Sheeran & Justin Bieber’s, ‘I Don’t Care’. If you liked this video, don’t forget to subscribe to my YouTube channel for more upcoming videos! #OneTake #1Take #Live 新しいカバー,エドシロンとジャスティンビーバーの新曲"I Don't Care"をユーチューブチャンネルにアップロードされました。 遊びに来てください! また期待してください~~~! #ワンテイク #ライブ YouTube Channel: 장한별 HanByul #에드쉬런 #저스틴비버 #장한별 #한별 #아이돈케어 #IDontCare #Cover #JangHanbyul #Hanbyul

A post shared by 장한별 🌐 (@onestarbyul) on

IKLAN

Antara lagu hit anak kelahiran Australia ini seperti Shooting Star, Run To You, Time Is Up dan Let The Wind Blow.

Malah, lagu-lagu tersebut sudah mencecah 2 juta tontonan.

Program Bis Stage 2019 ini masih mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap bersama dua orang bintang Indonesia, Cakra Khan dan Judika sebagai juri secara bergilir-gilir setiap minggu.

Juara Big Stage 2019 akan membawa pulang RM100,000 berserta trofi. Tempat kedua RM50,000 dan tempat ketiga RM25,000 dan masing-masing akan menerima trofi.

Tempat keempat bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 di tempat kelima.

Foto : Instagram Jang Han-Byul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI