Pelakon Syafiq Kyle berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasih yang juga aktres, Mimi Lana bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.
Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, tarikh hari bahagia itu belum boleh dikongsikan susulan persiapan yang masih lagi berjalan.
“Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.
“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.
“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya kepada MH.
Ads
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Siang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, hari ini.
Bakal menjual jenama Kurta sendiri sepanjang festival yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 April depan itu, bintang drama Nur ini teruja bakal bergelar raja sehari.
Ads
“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.
“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai persiapan temannya pula, Syafiq memaklumkan setakat ini semuanya berjalan lancar.
“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.
“InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aeril Zafrel ada berkongsi rakaman video dia bersama anak, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa saat keduanya meluangkan momen istimewa bersama.
Bintang Cari Aku Di Syurga itu dilihat sedang menyisir rambut Hayla dan dikepilkan bersama rakaman tiga ‘mat salleh’ yang kelihatan begitu teruja dengan tindakannya.
Lalu, tidak semana-mana individu tersebut dilihat menjerit dan menangis keterujaan melihat momen indah tersebut.
Semalam menjadi momen bermakna buat pelakon, Nad Zainal selepas dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin 2018 yang berlansung semalam.
Selain daripada merangkul trofi, kelibat Nad dan suami sejak awal lagi telah menarik perhatian ramai apabila tampil berbeza dengan busana yang bertemakan melayu klasik.
Telatah comel pasangan ini telah menarik perhatian banyak lensa-lensa kamera sepanjang majlis tersebut berlansung.
Bagaimanapun, pakaian Nad nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen yang tercari-cari di mana unsur kemelayuan tersebut.
Rata-rata menganggap pakaian Nad sedikit terdedah sehingga menampakkan bahagian bahunya itu.
Terdahulu, Nad merakamkan penghargaan kepada semua guru-guru lakonan yang mendidiknya ketika menuntut di ASWARA satu ketika dahulu.
Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...