Tidak patah semangat mengejar impian dalam industri hiburan, adik kepada pelakon popular Syafiq Kyle, Syazwan Razak telah menghadiri ujibakat Hero Remaja kali kedua, semalam.
Kongsi remaja berusia 20 tahun itu, dia mahu mencuba nasib kali kedua dalam pertandingan sama selepas tewas di peringkat kedua (stage 2) minggu lalu.
“Kalau betul ini rezeki saya, saya nak cuba, harapan saya pastinya nak lepas masuk pertandingan ini.
“Kalau tak dapat pun, saya reda dan saya rasa rezeki saya bukan di sini, tetapi di luar,” katanya menerusi video Instagram Remaja.
Pernah menjadi ejekan dek fizikalnya yang gempal di media sosial baru-baru ini, Syazwan tidak menjadikan ia sebagai satu kelemahan, sebaliknya sebagai pembakar semanngat buatnya.
“Pada mulanya kita ini hanya kosong dan orang tak kenal, kemudian perkara itu (body shaming) viral di media sosial dan ada juga segelintir yang ikut ‘membahan’ sama.
“Tapi saya jadikan itu sebagai pembakar semangat dan dalam masa sama saya tergelak juga.
Ads
“Saya tahu orang sedemikian jenis yang tak ada kerja. Sudah-sudahlah nak mengutuk orang, kalau anda rasa diri anda sempurna, barulah boleh kutuk. Tak semua manusia sempurna,” akhirinya.
Terdahulu, Syazwan atau nama penuhnya Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak pernah menghadiri uji bajat tersebut pada minggu lalu, namun rezeki tidak menyebelahinya.
Untuk makluman, sesi tersebut telah dilakukan bermula sejak 21 dan 22 Disember lalu yang telah melayakkan lebih 20 peserta.
Malah, pencarian tersebut diteruskan hingga semalam.
Usahawan, Tya Arifin akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan para pengikutnya untuk mengadakan ‘house tour’ di kediaman banglo mewah miliknya dan suami, Asyraf Khalid.
Video ‘house tour’ itu dikongsikan sendiri oleh menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu di saluran Youtube, The Tya’s Family.
Video berdurasi lebih 20 minit itu memaparkan setiap sudut serta hiasan dalaman banglo mewah yang memiliki 7 bilik itu.
Menurut Asyraf, segala idea untuk mendekorasi serta pemilihan perabot diseragkan sepenuhnya kepada Tya.
“Bila bercakap mengenai dekorasi rumah ini, saya rasa ianya hanya simple sahaja. Hal dekorasi dan pemilihan perabut semuanya diuruskan oleh Tya sendiri.
“Bila kami mula masuk di rumah ini, segalanya sudah pun cantik tersedia. Kami hanya tinggal untuk membawa masuk perabut sahaja,” katanya.
Selain itu, kediaman Tya dan Asyraf ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti bilik pawagam, gelanggang bola keranjang dan tennis serta pejabat.
Malah, rumah ini juga turut memilik beberapa bahagian ruang tamu yang dikhaskan untuk keluarga dan tetamu.
Dikesempatan itu juga, Tya turut menitipkan nasihat buat para pengikutnya untuk tidak sesekali berhenti bermimpi untuk mengejar impian yang dihajatkan.
“Jangan pernah berhenti berimpian. Impian merupakan tanggungjawab yang untuk dijadikan kenyataan. Oleh itu, kita kena berusaha sekuat tenaga demi merialisasikannya.
“Kepada yang menonton, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Saya doakan semoga segala urusan, perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan akan dipermudahkan,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut.
Sekadar informasi, Tya dan Asyraf telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Youtube The Tys’s Family & Instagram Tya Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, penyanyi Khai Bahar telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 25 tahun bersama kelab peminat ‘Khai Bahar Empire’ di Dewan Shazac Bestari, Gombak.
Majlis yang disambut meriah itu turut dihadiri keluarga, peminat dan rakan-rakan media.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bayang’ itu telah mengukir senyuman kerana berasa terlalu gembira atas sokongan peminat yang sentiasa menyokong kariernya sehingga ke hari ini.
“Kepada semua penyokong Khai, terima kasih kepada tidak henti menyokong,”
“Khai harap anda semua sentiasa bersama saya..”katanya kepada MH.
Ditanya Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Bin Baharuddin mengenai soal jodoh dan pasangan hati pula, Khai mempunyai jawapannya sendiri.
“Masih lagi single lah..”
“Walaupun clishe tapi sejujur memang single.”
“dan InsyaAllah ada jodoh ada lah..”
Disamping itu, Pemenang Anugerah Penyanyi Lelaki Popular 31 memberitahu, dia masih belum memikir soal jodoh walaupun sudah mencecah 25 tahun.
Malah, Khai juga turut berkata bahawa dia akan merancang untuk berkahwin apabila sudah mencecah usia 30 tahun.
“Bila nak? Atas 30 macam tu boleh lah..”
“Bagi pakcik pakcik sikit”
“Bagi orang kata matang sikit nak berumahtangga sekarang macam muda lagi takut..”jawab Khai.
MH mendoakan semoga Khai Bahar panjang umur,dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam nyanyian.
Untuk rekod, Khai Bahar telah dilahirkan pada tanggal 28 Februari 1994 di Perlis.
Foto : Instagram Khai Bahar FC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bimbang memikirkan risiko yang bakal dihadapi, penyanyi terkenal, Zamani mendedahkan dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapi sejak tiga tahun yang lalu.
Menurut Zamani, dia agak risau sekiranya berlaku sebarang komplikasi pada prosedur tersebut yang boleh mendatangkan risiko tak terduga seperti lumpuh kekal.
Bagaimanapun, dia akur dengan keadaan semasa dirinya lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya itu dikatakan telah mencucuk bahagian rusuk kananya yang menyebabkan kesakitannya itu makin melarat.
“Buat masa sekarang saya kena rujuk pakar neurologi terlebih dahulu. Tetapi ujian ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) sudah selesai.
“Saya pun agak takut juga. Saya pernah tontonan pembedahan tersebut di Youtube. Nampak macam seram juga.
“Keadaan sekarang memang agak sakit sebab. Dia dah kacau dan tercucuk di bahagian rusuk kanan. Keadaan tulang bengkok tu dah agak teruk.
“Rasanya memang dah teruk sangat. Kalau tak sakit, saya masih boleh tahan lagi. Bagi saya asalkan boleh buat kerja, kiranya okay la tu. Lagipun, siapa nak tengok artist bongkok sangat ni,” katanya.
Vokalis kumpulan Slam ini berkata sedemikian menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi ketik pertemuan mereka baru-baru ini.
Pertemuan tersebut diadakan oleh Pak Nil bagi menyerahkan sumbangan yang telah berjaya dikutip hasil bantuan orang ramai yang perihatin dengan nasib Zamani.
Jelas Aznil, wang berjumlah lebih RM120,000 telah pun dipindahkan ke dalam akaun Zamani.
“Dalam masa beberapa jam sahaja, saya dah dapat kutip RM30,000. Kemudian pagi esoknya bangun subuh, tengok-tengok sudah ada RM60,000.
“Ramai orang sayang Zamani dan mereka percaya saya. Saya ada dua juta pengikut Instagram tetapi apa gunanya kalau ada jumlah seramai itu tetapi tak bagi manfaat kepada orang lain,” kata Aznil.
Pada masa sama, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut memaklumkan individu yang meyakinkan dirinya untuk menerima sumbangan tersebut adalah isterinya sendiri.
“Saya sebenarnya nak berterima kasih banyak pada Pak Nil. Yang mendorong saya untuk terima bantuan ini adalah isteri saya. Orang rumah saya bagitahu, Pak Nil Nil ni sebenarnya dah banyak tolong orang. Bukan saya sahaja.
“Dia minta saya terima dan saya juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya perkara ini tiada tekanan pun bagi saya sebab saya memang nak buat pembedahan ni. Kerana itulah saya nak ikhtiar dulu dengan penuhi jemputan menyanyi.
“Saya akan tetap jalani pembedahan cuma proses ini perlu ambil masa sebab prosedurnya sangat teliti,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim turut memberitahu, dia kita sudah tidak mahu lagi bergantung kepada ubat tahan sakit kerana memikirkan mengenai kesan sampingan yang akan ditanggung kelak.
“Kalau ikutkan memang saya tak nak buat pembedahan tetapi tiada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Sekarang nak tidur malam pun susah,” ujarnya lagi.
“Doktor kata otot saya langsung tak berfungsi, tak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Tetapi otot sahaja bermasalah.
“Doktor kaitkan sakit saya dengan penyakit yang pernah terjadi kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau otot ada masalah, memang tak boleh buat pembedahan,” katanya.
Sementara itu, Zamani turut mendedahkan, insiden terjatuh daripada bilik air satu ketika dahulu mungkin menjadi punca utama penyakitnya itu.
Penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis dihidapi Zamani semakin serius sejak 2019 sehingga keadaan tubuhnya yang membengkok tidak dapat disembunyikan lagi daripada peminat.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!