Bakal membuat debut di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi, Nadeera Zaini memanjatkan rasa syukur apabila impiannya sejak usia kanak-kanak akan menjadi kenyataan.
Mempertaruhkan lagu ‘Bukan Lagi Kita’, Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini memaklumkan persediaannya kini sudah pun mencecah 70 peratus.
“Sehingga kini, saya masih merasa seperti mimpi. Pentas AJL ini memang sudah saya idamkan sejak kecil lagi. Saya menonton AJL ini setiap tahun.
“Alhamdulillah, hari ini Allah memberikan saya kesempatan untuk menggapai mimpi tersebut. Saya juga akan bertanding sebaris dengan orang-orang yang hebat,” katanya kepada MH.
Juara program Big Stage musim ke-5 berkata sedemikian ketika ditemui di acara Mega Live AJL39, baru-baru ini.
Ads
Menang Itu Bonus
Disebut-sebut sebagai antara pencabar utama AJL39, Nadeera enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Besar harapan orang-orang itu. Apapun, saya tetap bergantung kepada rezeki. Kalau ada rezeki, adalah. Dapat masuk ke pertandingan ini pun saya sudah sangat bersyukur.
“Ia juga merupakan satu langkah baharu untuk saya. Jika menang, ia merupakan satu bonus. Siapa sahaja yang tak nak menang? Sudah tentu kita nak menang dan cuba buat yang terbaik.
Ads
“Bagaimanapun, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Nanti saya juga yang akan sedih. Apapun, saya mengharapkan doa daripada kalian semua,” ujarnya.
Bakal bertanding sepentas bersama komposer lagunya sendiri tidak menghalang Nadeera untuk mendapatkan nasihat daripada penyanyi terkenal, Hael Hussaini.
Ads
“Saya ada berjumpa dengan Hael untuk mendapatkan nasihat kerana dia merupakan pemilik lagu. Alhamdulillah banyak tunjuk ajar yang dia berikan.
“Namun, kami berdua akan bertanding di pentas yang sama. Jadi, kami beri ruang buat masing-masing. Saya lebih banyak bekerja dengan team saya sendiri,” akhirnya.
Terdahulu, AJL39 bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Sebanyak 10 buah lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran AJL39.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya berpeluang untuk bersolat jemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set pengambaran.
Menurut Michael, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman seperti ini dan dia turut berterima kasih kepada pelakon, Uqasha Senrose kerana merialisasikan perkara tersebut.
“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama sama.
“Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yg semua Tiba-tiba nak solat berjemaah!
“Tq so much @uqashasenrose2 u memang power,” tulisnya.
Dalam pada itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal agama terutamanya melibatkan para selebriti dan krew disebalik tabir.
“Anyway pada u all yang selalu anggap kita orang dalam industry ni bukan-bukan, jangan la cepat menghukum iman setiap manusia ada antara dia dan Allah.
“Luv u all n stay safe! Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis memuji usaha murni Micheal bersama anak-anak buahnya itu.
Terdahulu, Michael kini sibuk mengarahkan drama terbaru berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang menampil Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai peneraju utama.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...