Penyanyi, Kilafairy mengakui dia sudah terbiasa dengan kata-kata serta komen berbaur kritikan yang diterima berhubung penampilan yang dikatakan seksi.
Katanya kepada MH, bintang berusia 27 tahun ini bagaimanapun tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut mengenai hal berkenaan, bimbang ia nanti akan berpanjangan.
Kilafairy nama sebenarnya Syakila Nisa berkata demikian sebagai mengulas persalinan cetak ular sawa yang dikenakannya pada sebuah majlis jenama antara bangsa, baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri beberapa artis terpilih itu mendapat reaksi pelbagai netizen apabila ada di antara mereka yang berpenampilan seksi, termasuk anak kepada Rohana Jalil itu.
“I tak ada komen pasal benda tu I tak boleh nak komen pasal benda tu sebab I tak nak benda tu berpanjangan.
“Pasal soal simbol seks pula, ia memang daripada dulu lagi dah saya dah terbiasa. Apa pun, apa yang yang saya buat ialah, saya move foward and prove to them that I can do better that’s all,” kongsinya lanjut.
Pada masa sama, Kilafairy yang mesra disapa Kila turut akui dia sering menerima direct message (DM) berunsur kecaman dan berbaur negatif.
Namun, bintang tersebut lebih selesa untuk tidak mengambil pusing selagi ia tidak melampaui batas.
“Benda ini adalah perkara biasa kadang-kadang dia orang buat fake account saja jer nak kita reply nak tengok kita baca ke tak DM.
“Jadi Kila tak ambik hati dah tak pikir sangat pasal benda ni,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Kilafairy telah melancarkan satu produk makanan kesihatan yang diberi nama KILAFIT.
Kilafairy telah ditemui oleh MH ketika majlis pelancaran produk tersebut yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras, petang tadi.
Foto : Instagram Kilafairy