Buat ‘Geng Pak Maon’ dan peminat muzik ska, anda semua boleh bersiap sedia kerana dua band popular berbeza generasi bakal berkongsi pentas yang sama pada September ini.

Panggung Malam Entertainment berbesar hati untuk menganjurkan sebuah acara muzik baharu yang diberi nama Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon khusus untuk menghiburkan dan mengisi kekosongan
malam minggu anda.

Pada 21 September ini, Showcase Panggung Malam Minggu bakal dibuka menerusi persembahan dua band popular negara iaitu Masdo dan Gerhana Ska Cinta.

Menurut Pengarah Panggung Malam Entertainment, Khairul Afizi Aiyub, sebagai syarikat yang berpengalaman menganjurkan konsert-konsert besar, showcase ini dibuat sebagai tanda penghargaan buat industri muzik tempatan selain untuk meraikan para peminat.

“Sejak 15 tahun lalu, Panggung Malam Entertainment telah berkecimpung dalam dunia acara muzik, baik tempatan mahupun luar negara.

“Untuk tahun ini, kami merasakan tiba masanya untuk membawakan sesuatu yang istimewa untuk peminat muzik yang mencari-cari lokasi strategik untuk berhibur di samping menyokong industri muzik tempatan khsususnya.

“Disebabkan itu, maka wujudlah Showcase Panggung Malam Minggu dengan pilihan artis utama Gerhana Ska Cinta dan Masdo sebagai pembuka acara,” katanya.

Sementara itu, Odeon Kuala Lumpur, pula telah dipilih sebagai vanue penganjuran showcase ini yang dirasakan paling sesuai untuk semua golongan selain dan mudah diakses melalui pengangkutan awam.

“MASDO membawakan kembali  kebangkitan muzik pop 60-an. Selain itu, nama mereka semakin harum di luar terutamanya di Indonesia. Nampaknya jalan untuk kumpulan ini melangkaui dan terus maju ke hadapan sangat cerah.

“Manakala tentunya kita menghargai Kumpulan Gerhana Ska Cinta yang muncul dari kebangkitan Ska Malaysia pada akhir 90-an dan pihak penganjur menjemput mereka sempena meraikan ulang tahun ke 25 dalam industri seni,” ujarnya lagi.

Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon turut akan diserikan lagi dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan MOC dan Jemput Dengar.

Tiket dijual bermula pada harga RM98 (pembelian awal CAT 1) dan RM118 (harga asal CAT 1) manakala RM128 (pembelian awal CAT 2) dan RM158 (harga asal CAT 2) menerusi laman web tertera.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI