Pelakon yang juga finalis Hero Remaja 2020, Jazmy Juma Khan memaklumkan dia positif Covid-19, pada Ahad selepas pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah di Tanah Suci, Khamis lalu.
Menurut Jazmy, kakaknya iaitu Juezz Khan turut disahkan positif virus itu dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Malah saya lihat semua orang di sana sangat tenang dan fokus dengan ibadah meskipun sedar kes Covid-19 masih tinggi selain kemunculan varian Omicron.
“Bagaimanapun sebaik tiba dari Tanah Suci pada 13 Januari lalu, kami satu keluarga menjalani ujian saringan reaksi rantai polimerase (PCR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Hari ini (Ahad) saya dihubungi pihak bertanggungjawab yang memaklumkan saya dan kakak nombor tujuh (Juezz) disahkan positif Covid-19,” katanya memetik Harian Metro.
Menurut Jazmy, sebelum menanti keputusan ujian saringan itu dia sudah mengalami beberapa gejala.
“Saya sudah tidak sedap hati apabila dua hari lalu saya mengalami demam, selesama, sakit tekak dan cirit-birit sehinggalah keputusan memaklumkan saya positif virus terbabit.
“Setakat ini saya dan kakak berada dalam keadaan yang baik. Saya pun tak tahu bagaimana saya dan kakak saja boleh dijangkiti wabak terbabit. Tapi mungkin disebabkan kami berdua selalu keluar berjalan dan menziarahi beberapa tempat menyebabkan kami dijangkiti virus ini.
“Doakan semoga kami segera sembuh dan kuat menjalani proses kuarantin ini. Harapnya tiada gejala buruk yang berlaku,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro