Ads
Home Berita “Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17...

“Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih!

Ads

Pengasas kumpulan ‘rock indie’ Bittersweet, Herri Hamid berkongsi khabar mengejutkan selepas mengumumkan pembubaran band tersebut setelah hampir 17 tahun mewarnai industri seni tanah air.

Menurut Herri, meskipun ia satu keputusan yang agak berat untuk dibuat, namun, dia percaya ini merupakan langkah yang terbaik untuk memberi laluan buat anggota kumpulan yang lain merancang perjalanan masa hadapan mereka sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Herri Hamid (@herrihamid)

“Bismillāhirraḥmānirraḥīm assalamualaikum. 24 OCTOBER 2021 PENGUMUMAN PEMBUBARAN KUMPULAN BITTERSWEET. (BTSWT) 2004-2021.

“Alhamdullilah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu,ia sudah cukup matang sebagai seorang insan. Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan.

“Hari ini, di hari kelahiran saya yg ke-39 , saya sebagai pengasas band bittersweet @bittersweetbeat (BTSWT) mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan.

“Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelansungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT,” tulisnya.

Ads

“Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih! “Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih!

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Herri yang juga merupakan gitaris kumpulan Bittersweet itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Herri turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun menjadi tulang belakang band tersebut selama ini.

“Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semua perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yg tak dapat diluahkan selama 17 tahun.

“Terima kasih kepada anda semua,tidak kira sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, managers, organisers, video directors, designers, engineers, penaja dan fans terutamannya, yang selalu mendukung perjalanan BTSWT selama ini,” kongsinya lagi.

Ads

“Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih! “Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih!

Dikesempatan itu juga, Herri turut menyeru kepada semua pihak untuk terus memberikan sokongan terhadap industri seni tempatan meskipun tanpa kelibat Bittersweet selepas ini.

“Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk anda semua, saya memohon maaf atas semua kesalahan dari diri saya kepada semua yg pernah berkhidmat dengan btswt.

“Insyaallah suatu masa nanti saya akan meneruskan minat saya dalam muzik dan scene. Teruskan menyokong muzik Malaysia,” akhirinya.

Ads

“Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih! “Sudah Waktunya Kami Meneruskan Hidup Masing-Masing…,” – Bittersweet Umum Bubar Selepas 17 Tahun, Buat Ramai Sedih!

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut memberi kata-kata semangat buat seluruh anggota kumpulan Bittersweet.

Selain Herri, Bittersweet turut dianggotai oleh seorang lagi ahli kumpulan iaitu Fizan.

Sepanjang 17 tahun bergiat aktif, band yang berasal daripada Ipoh ini turut memiliki beberapa bekas ahli seperti Zabil, Pijie, Hafiez, Dinie, Moon, Emai dan Irfan Iskandar.

Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Bittersweet antaranya Kucing Hitam, Next Aidilfitri, Hilang, Capital E dan banyak lagi.

Sumber: Instagram Herri Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI