Instafamous dan doktor selebriti, Dr. Amalina Bakri ada memberikan pendapatnya mengenai lambakan produk kecantikan dalaman wanita di pasaran ketika ini.
Katanya, para wanita di Malaysia masih dibuai mimpi walaupun sering dimanipulasi dan diperdayakan oleh kebanyakan iklan produk kecantikan.
Rasa kecewa itu diluahkan oleh pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2004 menerusi sebuah entri di laman Twitter miliknya.
“Sudah-sudahlah dengan iklan jom jadi putih, jom besarkan payudara, jom rapatkan vagina, jom makan jamu, kalau tak suami lari.
“It’s very demeaning to women and patronising, and ladies you let them do that to you? When do you want to wake up from your daydream,” tulisnya.
Tambah Amalina, stigma bahawa suami akan lari sekiranya para wanita tidak menjaga kecantikan dalaman adalah sesuatu perkara yang mengarut.
“Sejak bila perempuan sahaja yang perlu jaga suami? It should be both ways! Marriage is a 2-way street. A woman is not a slave. When are we going to change this patriarchy mindset,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Amalina itu.
Bagi MH, tidak salah untuk kita ikhtiar mencari jalan untuk meyembuhkan penyakit, tetapi harus diingat, kita juga harus mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.
Foto: Twitter Dr. Amalina